Sistem Penyampaian Nano Antikulat Bagi Rawatan Penyakit Ganoderma Untuk Kelapa Sawit | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Sistem Penyampaian Nano Antikulat bagi Rawatan Penyakit Ganoderma untuk Kelapa Sawit

Sistem Penyampaian Nano Antikulat bagi Rawatan Penyakit Ganoderma untuk Kelapa Sawit

Inovasi ini menggunakan rawatan fungisida dan/atau fumigasi bersama dengan sistem pembawa nano yang dapat menambahbaikan penghantaran ejen bahan aktif untuk menghalang dan mengawal penyakit Ganoderma di kelapa sawit. Rawatan fungisida dan fumigasi telah terbukti bagi menghalang pertumbuhan Ganoderma boninense..

 

Nanoteknologi terbukti telah membantu dalam menggalakkan perkembangan di sektor pertanian. Khususnya, bahan nano dalam pertanian bertujuan bagi mengurangkan dos bahan aktif di dalam produk kimia yang digunakan, peningkatkan hasil tanaman, dan meminimumkan kehilangan nutrien semasa persenyawaan. Oleh itu, dengan menggunakan platform nanoteknologi, agen racun kulat aktif fungisida dan/atau fumigasi boleh dimasukkan ke dalam biopolimer matriks bagi pembentukan sistem penyampaian nano fungisida dan/atau fumigasi dan mengangkutnya ke sasaran yang di ingini dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, penggunaan racun kulat yang berlebihan telah menimbulkan permasalahan di alam sekitar. Oleh itu, untuk meminimumkan ketoksikan ini, sistem penyampaian nano-fungisida dan/atau fumigasi diperkenalkan di mana fungisida dan/atau di selaputi oleh matriks biopolimer. Hasilnya, ia mempamerkan sistem penyampaian yang tepat dan khusus, meningkatkan bioavailabiliti dengan memanjangkan masa pengedaran. Ianya juga boleh menembusi tisu tumbuhan seterusnya membolehkan penghantaran fungisida dan fumigasi yang efisien ke tapak sasaran tisu tumbuhan. Justeru, ini dapat mengatasi masalah pengguna dan alam sekitar, dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

Pengeluaran minyak sawit adalah sumber penting bagi ekonomi Malaysia. Malaysia juga merupakan pengeluar komoditi minyak sawit kedua terbesar di dunia. Pokok kelapa sawit telah ditanam lebih daripada 5.5 juta hektar dengan melebihi 60 % daripada keseluruhan kawasan tanah pertanian di Malaysia. Walau bagaimanapun, pokok ini telah diancam oleh penyakit yang paling kritikal, iaitu penyakit Ganoderma di mana anggaran kerugian hasil di Malaysia akibat daripada penyakit ini adalah kira-kira RM 1.5 bilion. Rawatan kimia fungisida dan fumigasi boleh dianggap sebagai langkah segara bagi kawalan jangka pendek penyakit ini. Penggunaan racun kulat sistemik dan fumigant tanah, bersama-sama dengan teknik penyampaian yang betul membantu dalam menindas dan mengawal penyakit Ganoderma di pokok kelapa sawit. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada kawalan tunggal dilaporkan dapat mengawal penyakit ini secara berkesan di lapangan.

 

Penggunaan NANODERMA dalam memerangi penyakit Ganoderma di kelapa sawit mempunyai banyak kelebihan seperti;

  • Ciri pelepasan terkawal akan mengurangkan pembaziran fungisida dan meningkatkan keberkesanan fungisida.
  • Pengurangan dalam pelunturan dan volatilisasi.
  • Toksisiti rendah dan inovasi hijau.
  • Masa edaran yang panjang akan membantu dalam mengurangkan kos buruh

 

 

Penyelidik

Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein
Institute of Advanced Technology, UPM
Email: mzobir@upm.edu.my

 

Tarikh Input: 02/10/2019 | Kemaskini: 02/10/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdWAB~