Perisai Multilayer Diperbuat Daripada Tekstil Semulajadi | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » Perisai Multilayer Diperbuat Daripada Tekstil Semulajadi

Perisai Multilayer Diperbuat Daripada Tekstil Semulajadi

Perisai multilayer adalah sistem perlindungan peribadi yang cekap terhadap ancaman senjata kinetik bertenaga tinggi. Secara umumnya, perisai multilayer ini terdiri daripada seramik (SiC), komposit (Kevlar/epoxy) dan logam (Al).

 

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohammad Jawaid yang juga Pakar Hibrid Bertetulang dan Bahan Pendahuluan dari Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan berkata, menggantikan kain aramid dengan bahan eko-semulajadi dan mudah tanpa menjejaskan prestasi balistik adalah sebagai pendekatan penyelidikan yang menarik pada perisai multilayer.

 

Berkenaan teknologi perisai multilayer yang diketuai sendiri oleh beliau, teknologi yang diberi nama Perisai Badan Keras Tekno Ekonomi ini berkonsep menggantikan fabrik Kevlar dengan tekstil semulajadi yang dipanggil helaian sarung Cocos nucifera (CNS). Perisai multilayer dikaji dan di bangunkan dengan menggunakan CNS dan diuji mengikut piawaian tertentu.

 

‘’Inovasi dari penciptaan ini adalah dengan menggantikan kain Kevlar dalam perisai multilayer dengan sisa buangan agro. Helaian sarung semulajadi Cocos nucifera telah dipilih sebagai alternatif yang dilihat berpotensi bagi fabrik Kevlar dengan menggunakan AHP (Proses Hierarki Analitik)’’, kata beliau.

 

‘’ Dari analisis yang dijalankan ini mendapati bahawa perisai badan techno ekonomi dapat menjimatkan kos sehingga 44% dari jumlah kos fabrikasi berbanding dengan perisai multilayer berasaskan Kevlar’’, ulas beliau lagi.

 

Tambahan lagi, perisai badan multilayer yang berasaskan helaian Cocos nucifera bermanfaat mengurangkan isu alam sekitar dan meningkatkan biodegradasi. Kos alat perisai yang kuat dan ekonomi ini lebih rendah berbanding dengan sistem perisai multilayer berasaskan serat sintetik.

 

Oleh itu, perisai badan techno ekonomi dapat digunakan dengan cekap sebagai perisai alternatif kepada perisai badan Kevlar dan ianya juga sedia untuk dikormesialkan kepada masyarakat sebagai salah satu langkah proaktif untuk membantu menggunakan inovasi daripada bahan hijau dan mesra alam.

 

Pertanyaan lanjut, hubungi:

Dr. Mohammad Jawaid

Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan

Emel: jawaid@upm.edu.my

Tel : 03-97696960/014-3471343

Date of Input: 19/06/2020 | Updated: 19/06/2020 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1601207614