Permainan Pengembaraan Leptospires | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Permainan Pengembaraan Leptospires

Permainan Pengembaraan Leptospires

The Adventure of Leptospires adalah permainan RPG yang direka untuk kempen kesedaran leptospirosis kepada orang awam. Permainan RPG ini dihasilkan berdasarkan jalan cerita mengenai seorang saintis (pemain) dihantar ke sebuah perkampungan untuk menyiasat kematian misteri penduduk kampong selepas menyambut satu festival. Permainan ini mempunyai 3 tahap. Ia mengambil masa 15 minit maksimum untuk menghabiskan semua tahap. Tahap pertama, mendedahkan pemain mengenai apa itu leptospirosis.

 

Tahap kedua adalah pemain tersebut belajar mengenai punca penyebaran penyakit dan tahap akhir adalah rawatan dan simtom. Semasa bermain, pemain akan belajar juga tentang langkah pencegahan leptospirosis. Jika pemain tidak mengikut arahan untuk mencegah mereka dari mendapat penyakit tersebut, pemain akan hilang markah dan akhirnya mati sebelum dapat pergi ke tahap berikutnya. Pemenang adalah yang dapat mengharungi semua tahap.

 

Ada 3 peringkat. Tahap pertama adalah, pemain perlu masukkan nama dan tekan butang ‘play’. Pemain perlu membaca dialog antara Dr Wans dan si pemain. Seterusnya, pemain akan berjumpa dengan Dr Naz dan berbincang mengenai kematian penduduk kampung. Pemain akan bermula bermain dengan mencari 5 sampel. Ada beberapa ekor anjing yang perlu dielak, jika tidak, si pemain akan dijangkiti dan markah berkurangan.

 

Jadi, peringkat kedua, si pemain perlu menangkap dan melawan sang tikus yang menyebabkan leptospirosis merebak. Si pemain perlu berlawan selama 5 minit. Peringkat seterusnya, si pemain perlu memberi rawatan kepada penduduk kampung tetapi pemain perlu juga menghindari anjing dan tikus yang penyebab kepada leptospirosis.

 

Kelebihan inovasi ini

  • Cara pembelajaran lebih baru dan effektif bagi pembelajaran di dalam kelas
  • Cara yang lebih ekfisen untuk menambah baik pulih cara berkerja dalam kumpulan
  • Menarik minat orang awam serta pelajar dalam pembelajaran mengenai leptospira dalam bentuk RPG

 

 

 

Prof. Madya Dr Syafinaz Amin Nordin
Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM,
Emel :    syafinaz@upm.edu.my

Tarikh Input: 21/05/2019 | Kemaskini: 23/05/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcUAR~