VERSMAP TIngkat Pengeluaran Azolla Pinnata | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » VERSMAP TIngkat Pengeluaran Azolla Pinnata

VERSMAP TIngkat Pengeluaran Azolla Pinnata

Merekabentuk dan membangunkan sebuah teknologi tanaman bertingkat @VERSMAP bagi meningkatkan pengeluaran Azolla Pinnata sebagai sumber makanan haiwan. Dengan teknologi VERSMAP, maka pengeluaran Azolla dapat ditingkatkan kepada 4 kali ganda. Dimana sebanyak 900kg Azolla dapat dihasilkan sebulan bagi setiap sebuah VERSMAP. Ini dapat menampung bekalan makanan hamper sebanyak 3000 ekor itik. Jadi dengan peningkatan bekalan Azolla maka masalah bekalan makanan dapat diatasi. Begitu juga dengan kos makanan ternakan dapat dijimatkan sehingga 50%.

Azolla Pinnata merupakan makanan alternatif bagi haiwan ternakan seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Azolla adalah sejenis tumbuhan yang terapung diatas permukaan air dimana akarnya tengelam dalam air. Azolla mengandungi kandungan protein yang tinggi iaitu  20-24% dan amat sesuai menjadi makanan ternakan. Kebanyakan penternak di daerah Kelantan telah menanam sendiri Azolla sebagai sumber makanan haiwan ternakan mereka. Tetapi bekalan Azolla dari kaedah tanaman penternak sekarang, masih tidak mencukupi untuk menampung bekalan Azolla. Dengan kaedah sekarang, Azolla ditanam dengan cara menggunakan takungan air iaitu dengan membina kolam atas tanah seperti Rajah 2. Dengan kaedah ini, penternak hanya memperolehi 30kg Azolla untuk setiap keluasan 10m2 bagi tempoh sebulan iaitu hanya mencukupi untuk bekalan makanan bagi 200 ekor itik sahaja. Sekiranya tanaman ini dapat dihasilkan dengan banyak dan mudah, penternak dapat memperolehi sumber protein yang mencukupi dan murah untuk dijadikan makanan ternakan itik.

  • Versmap atau tanaman bertingkat telah dibangunkan dengan mengambilkira beberapa faktor yang membantu pertumbuhan Azolla seperti:
  • kecukupan cahaya matahari pada setiap tingkat untuk membolehkan Azolla hidup dengan subur pada setiap tingkat
  • kadar pembajaan yang mencukupi untuk meningkatkan kadar pertumbuhan@ tumbesaran Azolla
  • rekabentuk mestilah memudahkan penuaian hasil tanaman Azolla
  • menyediakan tempat pengeringan Azolla bersekali dengan rak penanaman untuk memudahkan penanam mengeringkan Azolla selepas dituai.
  • saiz rak adalah mengikut panjang standard besi galvanize supaya dapat menggunakan sepenuhnya tanpa ada pembaziran besi. ini dapat menjimatkan kos
  • Berikut adalah kelebihan VERSMAP
  • dapat meningkatkan pengeluaran 4 kali ganda
  • keluasan 1 bangsal VERSMAP adalah 1600 kaki persegi
  • kadar pengeluaran adalah 900kg utk setiap bangsal VERSMAP
  • kos penyediaan yang murah kerana VERSMAP dijangka boleh digunakan sehingga 15 tahun
  • tiada perbezaan dari segi komposisi kandungan nutrisi dalam Azolla pada setiap tingkat
  • Mudah penyediaan/pemasangan VERSMAP
  • mudah diselenggarakan dan dibersihkan
  • Jimat kos, masa dan tenaga pekerja
  • Sesuai untuk semua penanam dan penternak haiwan

 

Penyelidik;

Prof. Madya Dr Rosnah Shamsudin
Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan, Fakulti Kejuruteraan
Tel : 03-97696366
Emel : rosnahs@upm.edu.my

 

 

Artikel oleh /Article by :

Asrizam Esam
Pegawai Penyelidik
Putra Science Park UPM

Tarikh Input: 14/11/2019 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdIAf~