Artikel disiarkan oleh FB UPM
Umum mengetahui semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak terlepas daripada berhadapan dengan impak penularan Covid-19. Impak paling nyata penularan pandemik ini adalah pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan secara dalam talian dan staf perlu bekerja dari rumah.
Oleh yang demikian UPM telah menerbitkan sebuah buku dengan mendokumentasikan semua prakarsa UPM yang telah telah dijalankan semenjak pandemik menular pada awal 2020.
Buku Impak Covid-19 dan Prakarsa UPM ini berjaya menganalisis lapan Prakarsa yang telah diusahakan UPM melalui pelbagai pusat tanggungjawab (PTJ) seperti pengurusan risiko, komunikasi krisis, pasukan bertindak kecemasan, pendigitilan dalam pembelajaran dan pengajaran pengurusan kebajikan dengan huraian inisiatif, analisis, jadual, rajah dan gambar yang dapat menzahirkan penulisan.
Anda semua boleh dapatkan penerbitan Buku Impak Covid-19 dan Prakarsa UPM dalam bentuk E-book atau melalui pautan laman sesawang Penerbitan UPM.
Dokumentasi dalam buku ini sangat penting sebagai rujukan dan panduan untuk kita berhadapan dengan cabaran pada masa akan datang.
Date of Input: 27/01/2023 | Updated: 30/01/2023 | asrizam
MEDIA SHARING