Inovasi Nanoselulosa Hijau -Pencuci Luka Diabetis Dari Peria Katak | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Inovasi Nanoselulosa Hijau -Pencuci Luka Diabetis dari Peria Katak

Inovasi Nanoselulosa Hijau -Pencuci Luka Diabetis dari Peria Katak

12 Jun 2019 -Inovasi ini melibatkan kegunaan kaedah ‘hijau’ untuk menyediakan produk penyembuh luka yang berkesan, yang mana telah menunjukkan proses dan ciri-ciri yang ekonomik, mesra alam dan mempunyai ciri-ciri penting antimikrob. Produk ini adalah berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan dari bakteria yang dijumpai dari buah belimbing yang rosak dan penyediaan partikel perak bersaiz nano yang mana menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit ‘hijau’. Komposit ‘hijau’ adalan produk baharu dan ‘novel’ untuk bahan penyembuh/pencucian luka yang kronik. 

Produk ini telah dibangunkan kerana memandangkan harga yang tinggi dan mahal produk penyembuh luka impot yang terdapat di pasaran. Produk boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh, atau boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka, atau sebagai cecair penyembur.

Inovasi Medicated Wound Dressing adalah produk yang berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria yang ditemui dalam buah yang rosak seperti buah belimbing. Nanoselulosa tersebut kemudiannya digabungkan dengan bahan nano yang telah disintesis dari peria katak untuk menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit ‘hijau’

Komposit ‘hijau’ adalah produk baharu dan ‘novel’ untuk bahan penyembuh dan pencucian luka yang kronik. Inovasi ini juga menunjukkan proses dan ciri-ciri yang ekonomik, mesra alam dan mempunyai ciri-ciri penting anti-mikrob. Berbeza dengan harga produk penyembuh luka import yang mahal di pasaran, produk Medicated Wound Dressing dapat dihasilkan pada harga yang berpatutan.

Antara kelebihan produk ini ialah ia boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh, atau boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka, atau dijadikan sebagai cecair penyembur.

Produk ini menggunakan kaedah hijau (green method), lebih ekonomik kerana menggunakan sisa dan bahan buangan daripada buah-buahan, dihasilkan melalui prosedur yang mudah, tidak mengandungi bahan toksik, mempunyai ciri penyembuhan dan anti-mikrobial lebih berkesan serta berpotensi besar digunakan pada luka yang kronik dan traumatik dengan mengurangkan jangkitan kuman yang mana sesuai kepada rawatan luka pesakit kencing manis.

 

Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad
Jabatan Teknologi Bioproses,
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul
Emel     : farizan@upm.edu.my

Tarikh Input: 13/06/2019 | Kemaskini: 01/07/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcUAn~