Skytider Inovasi Penggantung Bunting | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » Skytider Inovasi Penggantung Bunting

Skytider Inovasi Penggantung Bunting

SkytiderR adalah alat yang direkacipta untuk memudahkan kerja pemasangan bunting; berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan tangga untuk memanjat dan bilangan pekerja yang ramai. SkytiderR mengaplikasikan kaedah eco-friendly dengan menggantikan penggunaan dawai kepada cable tie. Hal ini kerana pengunaan dawai ketika pemasangan bunting sering menyebabkan peninggalan dawai-dawai lama dan karat pada tiang lampu selepas bunting dicabut dari tiang lampu. SkytiderR membantu dalam pemasangan tanpa perlu individu untuk memanjat, memintal dawai dan paling utama mengelakkan risiko berlaku kemalangan. Antara masalah yang sering dihadapi sewaktu kerja pemasangan  bunting adalah risiko terjatuh dari tangga, permukaan tanah yang tidak rata untuk meletakkan tangga, kawasan-kawasan sempit yang sukar dicapai, dan tiang yang berdekatan jalanraya utama dan melibatkan banyak kenderaan. Berdasarkan masalah tersebut, staf Putra Science Park mencetuskan satu inovasi baharu dalam kerja pemasangan bunting. SkytiderR diperbuat daripada dua bahan utama, aluminium dan besi dengan berat 850g terbukti dapat memudahkan proses pemasangan dan penurunan bunting outdoor tanpa penggunaan tangga, mempercepatkan kerja pemasangan, meningkatkan tahap keselamatan pemasang dan seterusnya menjimatkan kos dengan mengurangkan kebergantungan penggunaan kontraktor luar.

 

Penyelidik :

Asrizam Esam1, Norliyana Kamarudin1, Hafliza Hussin1, Norazlin Monir1, Mohammad Hisham Omar1, Muhammad Izzat Nor Adzmi2,
Mohd Mas'Ataillah Ismail1, Shahriman Hashim2
 1Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia
2Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi),
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Emel : asrizam@upm.edu.my

 

Artikel oleh:
Asrizam Esam

Tarikh Input: 29/07/2019 | Kemaskini: 15/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcXAM~