KUALA LUMPUR, 22 Feb – Program Edupark dan program Innohub Putra Science Park UPM berjaya di dalam percubaan kali pertama menyertai pameran dan pertandingan penyelidikan Malaysia Technology Expo (MTE) pada 22-24 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Ke dua-dua program berbentuk perkhidmatan inovasi ini, berjaya merangkul pingat perak disamping penyertaan 6 penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) lain yang turut berjaya membawa pulang 5 pingat perak dan 1 gangsa.
Ini adalah kali pertama UPM menghantar program berbentuk perkhidmatan untuk menyertai pertandingan R&D di peringkat kebangsaan, MTE 2018, yang sememangnya mempunyai kriteria penjurian yang tinggi.
Program Edupark di ketuai oleh Prof Madya Dr Faridah Qamaruz Zaman, Timbalan Pengarah Edupark , Putra Science Park (PSP) manakala Program Innohub diketuai oleh En. Ahmad Zakir Dato Wira Jaafar, CEO Pengkomersilan PSP UPM.
Kejayaan ini bakal membuka peluang kepada satu lagi pengiktirafan yang lebih besar kepada PSP dan UPM yang akan disertai tahun ini.
Kesemua pemenang menerima pingat beserta sijil yang disampaikan oleh Presiden Malaysian Association Research Scientist (MARS), Dr. Wan Manshol W. Zin selaku ketua juri dan penganjur rasmi bagi MTE 2018.
Project Leader |
Faculty |
Title of Invention |
Medal |
DR. MOHD SHAHRIZAL DOLAH |
Faculty Of Design And Architecture |
Medical Rescue Vest |
Silver |
ASSOC. PROF. DR NAZLINA SHAARI |
Faculty Of Design And Architecture |
ALGATex: NATURAL ALGAE DYE FOR TEXTILE PRODUCTS |
Silver |
DR. EMILIA ZAINAL ABIDIN |
Faculty Of Medicine And Health Sciences |
Smart Fruit Harvesting Basket |
Bronze |
DR. CHIA SUET LIN |
Faculty Of Biotechnology And Biomolecular Sciences |
Genetic Modification Of Newcastle Disease Virus For The Treatment Of Cancer |
Silver |
PROF DR AIN NADZIMAH ABDULLAH |
Faculty Of Modern Languages And Communication |
Abstractchecker.com |
Silver |
DR. MUHAMMAD ALIF REDZUAN ABDULLAH |
Faculty Of Modern Languages & Communication |
Animated Karaoke Assisted Vocabulary Learning |
Silver |
AHMAD ZAKIR DATO’ WIRA JA’AFAR |
Putra Science Park UPM |
Innohub the Market Validation Hub |
Silver |
ASSOC. PROF. DR. FARIDAH QAMARUZ ZAMAN |
Putra Science Park UPM |
Edu-tourism in leisure innovation |
Silver |
Oleh Asrizam Esam
Foto oleh Saleha Haron
Tarikh Input: 09/03/2018 | Kemaskini: 05/09/2019 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia