JPO Anjur Latihan Pengurusan IP | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » JPO Anjur Latihan Pengurusan IP

JPO Anjur Latihan Pengurusan IP

TOKYO, 14 Dis - Dalam usaha untuk menyokong negara membangun bagi pembangunan sumber manusia yang terlibat dalam sistem hak harta intelek/perindustrian, Pejabat Paten Jepun (JPO) telah menjemput dan menaja pelatih daripada negara membangun dan baru di rantau Asia Pasifik, Amerika Latin, Afrika, dan kawasan-kawasan lain, dengan menyediakan program latihan harta intelek di Tokyo, Jepun.

Bermula pada  5 hingga 14 Disember 2016, JPO menjalankan Kursus Latihan IPR berkaitan Urusan IP, yang menyasarkan profesional yang terlibat di dalam pengurusan dan penggunaan IP di universiti-universiti, institusi R&D, Pejabat IP/Peguam, dan lain-lain

Seramai 20 pelatih dari pelbagai negara termasuk peserta dari Malaysia, Asrizam Esam- Putra Science Park UPM dan Kenneth Dinesh- Shearn Delamore & Co. menghadiri kursus ini, dan berpeluang untuk mendalami pengetahuan menyeluruh mereka tentang pengurusan IP di Jepun melalui menerima kuliah dan melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan, seperti pengurusan IP di universiti-universiti Jepun, institusi R&D, pelesenan, penilaian aset IP dan lain-lain. Di samping itu, mereka belajar kaedah IP pengurusan dalam kerjasama industri -akademia, teknologi pemindahan, dan lain-lain.

Para pelatih juga diberi pendedahan berpeluang untuk mengenali budaya dan persekitaran kerja di Jepun sepanjang berada di sini. JPO mempunyai harapan yang tinggi bahawa para pelatih akan aktif dalam bidang selepas kembali ke negara mereka. Para peserta yang di taja sepenuhnya oleh JPO terdiri daripada profesional daripada Brunei, Brazil, Cambodia, Chile, Filipina, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.

Majalah JPO 

http://www.jpo.go.jp/torikumi_e/kokusai_e/training/enishi/enishi16/data/179/src/ENISHI16.pdf?d=1536025213617

 

oleh Asrizam Esam

 

 Program Latihan JPO, Tokyo

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 17/07/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdRAb~