Penyelidik UPM Unggul Raih 7 Emas Di PECIPTA 2015 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Penyelidik UPM Unggul Raih 7 Emas Di PECIPTA 2015

Penyelidik UPM Unggul Raih 7 Emas Di PECIPTA 2015

UPM tempat ke 2- di PECIPTA 2015


KUALA LUMPUR, Dis –  Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih 7 Emas, 8 Perak dan 8 gangsa daripada 24 penyertaan dalam Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 4-6 Disember 2015. UPM menduduki tempat ke-3 selepas USM (8 Emas) dan UPSI (8 Emas) dari segi kutipan pingat emas keseluruhan universiti yang bertanding.

PECIPTA  yang bertemakan “Innovating Today for Tomorrow” telah  dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan kali ini Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah dilantik selaku sekretariat utama. Sebanyak 500 inovasi  daripada 44 universiti awam, universiti swasta dan politeknik telah menyertai PECIPTA 2015 dan di kategorikan di bawah 9 kluster utama.

UPM juga telah dilantik sebagai Ketua Kluster Pertanian, Akuakultur dan Alam Sekitar (PAAS) PECIPTA 2015 yang disertai oleh 103 inovasi daripada semua universiti yang bertanding. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di bawah Kluster PAAS antaranya Agribiz Talk (pembentangan produk kepada industri), suai padanan perniagaan, kiosk kepakaran dan sesi perkongsian pengalaman Icon Talk oleh Dato` Syed Osman Syed Rastan, Presiden Diversatech Fertelizer Sdn Bhd, syarikat pengkomersilan teknologi baja UPM (Vitagrow dan Zappa) yang telah mencapai penjualan melebihi RM 100 juta di dalam dan luar negara.

Ringkasan  inovasi yang telah memenagi pingat Emas di PECIPTA 2015 ialah Story telling Augmented Reality Kit (STAR KIT) iaitu aplikasi bercerita untuk kanak-kanak, Biobased Nanoemulsion of Rotenone For Safe and Effective Insect Pest Control ialah sejenis racun serangga botani yang diekstrak dari pokok Tuba (Derris spp., Paraderris spp.),  New process for the production of refined palm oil with reduced 3-MCPD esters telah menghasilkan satu penyelesaian pemprosesan untuk pengurangan 3 -MCPD ester dalam proses penapisan untuk kualiti minyak sawit yang baik, AquaGelatin: Halal Marine-based Gelatin for Versatile Nutraceutical and Cosmeceutical Applications iaitu penghasilan gelatin dan kolagen halal yang berasaskan obor-obor, Activated Carbon For Green Farming ialah kaedah menggandakan hasil padi dan juga dapat mengurangkan penggunaan racun perosak, tenaga kerja dan masa tuaian, Shell-Less Extruded PKC pula mengenai penghasilan makanan ayam yang dapat meningkatkan sistem imunisasi ayam, GreenCat: Bi-functional Heterogeneous Catalysts for Production of Non-Edible based Biodiesel ialah inovasi dalam penghasilan pemangkin untuk pengeluaran biodiesel yang lebih berkesan dan A Web-based PAC System with Diagnostic Support Module  merupakan inovasi bagi membantu pengamal perubatan melakukan pemeriksaan dan mengenalpasti  penyakit menerusi imej daripada pelbagai mesin pengimbas badan.

Senarai penuh pemenang UPM di PECIPTA 2015 adalah seperti berikut:

No.

Title

Researcher

Institute/Faculty

Medal

1

Shell-Less Extruded PKC

Prof. Dr. Norhani Abdullah

Tropical Agriculture

GOLD

2

New process for the production of refined palm oil with reduced 3-MCPD esters

Prof. Dr. Tan Chin Ping

Food Science and Technology

GOLD

3

Storytelling Augmented Reality Kit(STAR KIT)

Assoc. Prof. Dr. Normahdiah Sheik Said

Communication and Modern Language

GOLD

4

Activated Carbon For Green Farming

Assoc. Prof. Dr. Ahmed Osumanu Haruna

Agriculture & Food Science

GOLD

5

GreenCat: Bi-functional Heterogeneous Catalysts for Production of Non-Edible based Biodiesel

Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin

Science

GOLD

6

AquaGelatin: Halal Marine-based Gelatin for Versatile Nutraceutical and Cosmeceutical Applications

Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff

Bioscience

GOLD

7

A Web-based PAC System with Diagnostic Support Module

Assoc. Prof. Dr. Rahmita Wirza O.K Rahmat

Computer Science and Information Technology

GOLD

8

Kit Bijak Wang: Anak Bijak Cerdik Duit

Assoc. Prof. Dr. M.Fazli Sabri

Human Ecology

SILVER

9

Biobased Nanoemulsion of Rotenone For Safe and Effective Insect Pest Control

Prof. Dr. Dzolkhifli Omar

Agriculture

SILVER

10

e-site inventory

Dr. Mohd Johari Mohd Yusof

Design & Architecture

SILVER

11

Allamanda-Derived Biofungicide for The Control Of Papaya Anthracnose

Assoc. Prof. Dr. Kamaruzaman Sijam

Agriculture

SILVER

12

Efficient Programming Deployment Strategy for The ααβ Cryptosystem

Prof. Madya Dr. Muhammad Rezal Dato’ Kamel Ariffin

Institute for Mathematical Research

SILVER

13

Rubber Wall Damper

Dr. Farzad Hejazi

Engineering

SILVER

14

Granoz Bone scaffold

Prof. Dr. Md Zuki bin Abu Bakar@Zakaria

Institute of Bioscience

SILVER

15

Thermostable T1 lipase

Prof. Dr. Raja Zaliha Raja Abdul Rahman

Biotechnology and Biomolecular Sciences

SILVER

16

LoQET: Learning Outcomes-Based Question Examination Paper Tool

Dr. Sa'adah Hassan

Computer Science and Information Technology

BRONZE

17

Fast Transmisson using Multimedia File Splitting Technique for Medical Data in Grid Storage

Dr. Rohaya Latip

Computer Science and Information Technology

BRONZE

18

Pepper peel-o-matic

Assoc. Prof. Dr. Rosnah Shamsuddin

Engineering

BRONZE

19

Class Diagram Critic (CDC): An Educational Supporting Tool for UML Class Diagram

Dr. Norhayati Mohd. Ali

Computer Science and Information Technology

BRONZE

20

Naga Essence Formulations for Cosmeceutical Industry

Dr. Siti Salwa Abd Gani

Science

BRONZE

21

SUPERCARE- Stabilized carotenoids Nanoemulsion.

Prof. Dr. Lai Oi Ming

Bioscience

BRONZE

22

Automatic Dishwashing Detergent (ADD)

Prof. Dr. Raja Zaliha Raja Abdul Rahman

Biotechnology and Biomolecular Sciences

BRONZE

23

Drupe Dehusker

Assoc. Prof. Dr. Rosnah Shamsuddin

Engineering

BRONZE

 


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXESRAj~