UPM Raih 2 Emas Dan 2 Anugerah Khas Di Kanada | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM raih 2 emas dan 2 anugerah khas di Kanada

UPM raih 2 emas dan 2 anugerah khas di Kanada

Anugerah di International Invention Innovation Competition In Canada

TORONTO – Dua produk penyelidikan UPM telah berjaya merangkul dua anugerah emas dan dua anugerah khas di International Invention Innovation Competition In Canada 2016 yang telah diadakan di North York Memorial Community Hall, Toronto baru-baru ini.

Pertandingan inovasi berprestij tersebut dianjurkan oleh Toronto International Society of Innovation and Advanced Skills (TISIAS) dengan kerjasama International Federation of Inventors’ Association (IFIA) dan World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA) telah memilih ‘Smart Money Kit : Bright Kids Smart Money’ dan ‘Quantum Communication Simulator’(QuCS) sebagai pemenang anugerah emas 2 anugerah khas. Pertandingan ini disertai lebih 40 buah negara di seluruh dunia.

Smart Money Kit : Bright Kids Smart Money’

Kumpulan yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Prof. Madya Dr Mohamad Fazli Sabri dan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah, Nurhayatul Nira Ramli telah menghasilkan produk pendidikan kewangan ‘Smart Money Kit : Bright Kids Smart Money’ iaitu satu set kit yang mengandungi 10 permainan interaktif sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah.

Dr Mohamad Fazli  berkata ‘Smart Money Kit’ diterjemah daripada produk asal Kit Bijak Wang : Anak Bijak Cerdik Duit, merupakan kit pendidikan kewangan yang pertama di Malaysia, digarap hasil daripada penyelidikan UPM sesuai dengan perkembangan kanak-kanak berusia enam hingga dua belas tahun.

“Ia mengandungi 10 permainan interaktif yang menyeronokkan di mana permainan disusun secara berperingkat supaya kanak-kanak dapat menguasai topik dengan baik mengikut minat, kemampuan dan kemahiran,” katanya.

Quantum Communication Simulator’(QuCS)

Turut menerima anugerah emas dan dua anugerah khas ialah Prof. Madya Dr Zuriati Ahmad Zukarnain dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) atas penyelidikan dan kejayaan membangunkan satu sistem perisian berasaskan web yang dikenali sebagai ‘Quantum Communication Simulator’(QuCS) yang dapat membantu mempercepatkan dan mempermudahkan proses pemodelan eksperimen kuantum yang sebenar.

Sistem perisian yang dikenali sebagai ‘web as a service’ turut membantu seluruh pengguna pengguna dari seluruh dunia selagi mana mereka mempunyai capaian internet dalam melakukan pemodelan eksperimen kuantum dan membantu simulasi komunikasi kuantum.

Dr Zuriati selaku ketua penyelidik berkata “QuCS” membolehkan penyelidik eksperimen kuantum menentukan komponen-komponen asas bagi menjalankan sesuatu ekperimen kuantum,  membuat perancangan peruntukan untuk membeli komponen-komponen asas bagi eksperimen kuantum serta laporan keputusan bagi setiap eksperimen kuantum sebelum eksperimen kuantum sebenar.

Kedua-dua produk ini merupakan usaha penyelidikan bersama Putra Science Park melalui program Innohub dan telah mendapat perlindungan harta intelek bersama 1,800 penyelidikan lain dan kebanyakkan daripadanya telah bersedia untuk dikomersialkan.


- Oleh Nurhayatul Nira Ramli

Emas di Kanada


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDcVAL~