Latar Belakang | PUTRA SCIENCE PARK
» MENGENAI KAMI » PUTRA SCIENCE PARK » Latar Belakang

Latar Belakang

 

Putra Science Park (PSP) adalah pusat pengurusan inovasi bagi UPM atau dikenali juga sebagai pusat pemindahan teknologi UPM yang terlibat dengan aktiviti pemindahan teknologi di Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan menggerakkan teknologi dan penyelidikan dari makmal ke pasaran.

Putra Science Park (PSP) telah dijenamakan semula sebagai pusat pemindahan teknologi UPM pada tahun 2010 daripada asalnya iaitu Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UPM  yang ditubuhkan pada 1 April 2006.

Disinilah PSP berperanan di dalam membantu mendapatkan dan melindungi hasil penyelidikan UPM melalui proses perlindungan harta intelek (IP) dan mengenal pasti strategi pengkomersilan yang bersesuaian bagi harta intelek yang dihasilkan.

PSP juga mempromosi dan memasarkan teknologi (IP) yang berpotensi untuk dikomersialkan kepada pihak industri melalui media elektronik, sidang akhbar, penerbitan berkala, pameran, showcase dan program padanan perniagaan kepada industri.

Selain membantu proses pengkomersialan, PSP telah membangunkan hub inkubator untuk membina dan membangunkan usahawan teknologi bagi universiti dari kalangan penyelidik UPM sendiri melalui syarikat pemula (start-up).

Pada masa yang sama, PSP melalui Bahagian Edu-Park menjadikan UPM universiti  di Malaysia yang menawarkan pakej edu-pelancongan kepada pengunjung yang menawarkan beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi di sekitar kampus.

Seluruh warga PSP komited untuk menguruskan dan memartabatkan teknologi dan inovasi UPM  yang akan memberikan impak sosial dan juga pertumbuhan ekonomi negara.

PSP UPM juga merupakan ahli Innovation Technology Managers Association (ITMA) sejak tahun 2014.

pusat pemindahan teknologi pusat pemindahan teknologi pusat pemindahan teknologi pusat pemindahan teknologi


 ~ MENERAJU INOVASI ~

 

Kemaskini:: 23/08/2023 [lanjoy2006@g.mail.com]

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdRAe~