Innovation Fun Day - Show Innovation Fun | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Innovation Fun Day - Show Innovation Fun

Innovation Fun Day - Show Innovation Fun

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2019– Usaha dalam memupuk budaya inovasi dalam kalangan para pelajar dan warga Sekolah Kebangsaan Desa Tasik, Kuala Lumpur telah berjaya dilaksanakan melalui program Innovation Fun Day.

Program anjuran pelajar-pelajar kursus kokurikulum berkredit (KKB), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi teras Inovasi dan Rekacipta yang diketuai oleh Syara Haziqa Mohd Helmen selaku pengarah program dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Desa Tasek dan Putra Science Park, UPM.

 

Seramai 130 orang pelajar telah menyertai program ini. Guru-guru sekolah yang terdiri daripada penyelaras Bahagian Hal Ehwal Murid, penyelaras kokurikulum dan penyelaras pelajar tahun enam turut terlibat di dalam pelaksanaan program ini.

 

Menurut guru besar sekolah, Encik Mazlan Bahari berkata, program sebegini dapat membuka peluang bagi pendedahan dan galakan kepada pelajar-pelajar terutamanya untuk lebih berinovasi dalam pelbagai aspek dan secara tidak langsung dapat memupuk budaya inovasi dalam persekitaran sekolah.

 

“Dengan adanya program sebegini, murid-murid dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dalam inovasi serta mengasah pemikiran kreatif dan inovasi yang dimiliki, sekali gus membentuk daya usaha inovasi kepada mereka. Program ini juga menggalakkan warga sekolah terutamanya pelajar untuk melibatkan diri dalam inovasi dan menyemai minat inovasi dalam kalangan mereka kerana mereka melakukan aktiviti-aktiviti hands on yang berkaitan dengan inovasi yang menarik dan interaktif,” katanya semasa majlis perasmian program Innovation Fun Day disini.

 

Sementara itu, Hafliza Hussin, fasilitator bagi KKB Inovasi dan Reka Cipta, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, berkata, program yang menggunakan pendekatan inovasi sosial (social innovation) ini merupakan sebahagian daripada penilaian kepada pelajar-pelajar UPM yang mengambil kursus Inovasi dan Reka Cipta.

 

“Pelajar-pelajar harus melaksanakan program yang merangkumi projek mini dan projek mega yang perlu melibatkan komuniti bagi mendapat impak pembelajaran secara holistik atau menyeluruh”.

 

“KKB adalah diwajibkan kepada semua pelajar UPM bagi melengkapkan pengajian dan syarat untuk mereka bergraduat. PKPP bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program-program bagi membentuk Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Teknikal dikalangan pelajar seiring dengan hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang mempunyai tahap ‘survival’ yang tinggi serta seimbang dalam pencapaian akademik dan kokurikulum”.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pameran dan aktiviti interaktif Edu-Park/edu-pelancongan UPM, demonstrasi produk inovasi UPM yang berkaitan dengan pendidikan iaitu STARKIT dan Kit Bijak Wang, pameran dan jualan produk komersial UPM, Innovation Talk, Games Station dan Pelancaran Laluan Anti Dadah (Kehancuran) di sekolah tersebut bagi menghargai hasil reka cipta dan inovasi pelajar-pelajar UPM dengan bimbingan fasilitator dan penyelaras Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di laluan tersebut.

Date of Input: 25/07/2019 | Updated: 25/07/2019 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUWAv~