Jabatan Muzium Malaysia Kongsi Kepakaran Bersama Muzium Anatomi Manusia | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Jabatan Muzium Malaysia Kongsi Kepakaran Bersama Muzium Anatomi Manusia

Jabatan Muzium Malaysia Kongsi Kepakaran Bersama Muzium Anatomi Manusia

SERDANG 17 Ogos - Delegasi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) berkongsi kepakaran pengurusan muzium melalui kunjungan balas ke Muzium Anatomi Manusia (MAM) yang merupakan salah satu lokaasi eDU-PARK UPM.

Muzium Anatomi Manusia (MAM) telah ditubuhkan pada tahun 2005 merupakan pusat sumber untuk pelajar dan masyarakat berkenaan anatomi dan fisiologi manusia dengan kerjasama eDU-PARK UPM. Usaha penambahbaikan sentiasa dilakukan di MAM dalam pelbagai aspek sama ada daripada segi infrastruktur, bahan pengajaran serta prosedur berkaitan muzium agar memberi manfaat berterusan kepada pengunjung.

Pada 4 Jun 2020, satu kunjungan kerja telah diadakan oleh pihak MAM ke Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Lawatan ini diketuai oleh Dr Muhammad Zulfadli Mehat (Koordinator MAM) turut disertai oleh Prof Datin Dr Sharida Fakurazi (Ketua Jabatan), Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas (Ketua Unit Anatomi) dan 4 orang staf sokongan. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi beberapa aspek kepakaran pengurusan muzium daripada JMM  supaya MAM menjadi lebih baik di masa hadapan.

 

Rentetan daripada itu, pihak JMM telah mengadakan kunjungan balas ke MAM pada 17 Ogos 2020 bagi melihat sendiri bahan pameran, fasiliti dan persekitaran muzium dengan diketuai oleh Encik Mohd Azmi Mohd Yusof (Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman)) bersama delegasi lain iaitu Encik Zainal Arifin (Pengarah Bahagian Pengurusan Konservasi), Puan Roslelawati Abdullah (Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat), Puan Sitti Rabia Abd Rahman (Timbalan Pengarah Muzium Negara), Encik Badrul Hisham (wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Koleksi) dan jurugambar. Sesi perjumpaan ringkas diantara pihak JMM dan Dekan FPSK, Prof Dr Zamberi Sekawi serta pihak eDU-PARK UPM juga berjaya dilaksanakan.

Pelbagai idea, saranan dan cadangan telah dikemukan oleh JMM kepada MAM dan kedua-dua pihak bersedia untuk berkongsi kepakaran dan ilmu untuk memastikan MAM berada di landasan yang strategik dan berdaya saing dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di masa hadapan.

Disediakan oleh:

Dr Muhammad Zulfadli Mehat

Date of Input: 26/08/2020 | Updated: 26/08/2020 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1601117459