MVP Introduces UPM Poultry Vaccine | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » MVP Introduces UPM Poultry Vaccine

MVP Introduces UPM Poultry Vaccine

KUALA TERENGGANU 24 Jun - Malaysian Vaccines & Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (MVP) dan UPM sekali lagi berkerjasama untuk mempromosikan vaksin NDV4HR bagi penternak ayam dan unggas di zon pantai barat semenanjung Malaysia. 

Penternak ayam kecil-kecilan di Terengganu terutama ayam kampung berpeluang mendapatkan vaksin NDV4HR secara percuma melalui penyertaan dalam program Jom Bertani yang dilancarkan baru-baru ini oleh kerajaan negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata, pemberian vaksin melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar itu selaras dengan usaha mewujudkan zon bebas penyakit ayam.

Katanya, “Pemvaksinan adalah penting sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti penyakit sampar ayam dan menerusi pakej vaksin percuma program Jom Bertani, kerajaan negeri berharap dapat meningkatkan pengeluaran hasil daging dan menambahkan pendapatan mereka.

Vaksin NDV4HR dihasilkan oleh Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Fakulti Perubatan Veterinar pada tahun 1995. "Kaedah memvaksin NDV4HR amat mudah kerana penternak tidak perlu membawa ternakan masing-masing ke jabatan veterinar, sebaliknya, hanya perlu membancuh vaksin itu sama ada di dalam makanan atau minuman ayam," katanya.

Turut hadir bersama pada majlis pelancaran promosi vaksin ini Pengerusi Malaysian Vaccines & Pharmaceuticals Sdn. Bhd. (MVP), Datuk Dr. Mhd. Noordin Mohamad Nor; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Abdul Razak Mohd. Zailan, Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim dan Dr. Muhammad Fakri Zaky Jaafar, Timbalan Pengarah Promosi dan Pemasaran Inovasi, Putra Science Park (PSP) UPM.

Menurut Abdul Razak, vaksin NDV4HR akan diguna pakai di seluruh negeri ini, justeru usaha-usaha mempromosi dan memberi maklumat tentang kelebihan NDV4HR dan pakej program Jom Bertani itu akan diperkasakan di pejabat perkhidmatan veterinar daerah serta pusat veterinar kecil.

Sementara itu, Rashidah berkata, sejak diperkenalkan pada tahun 2012, vaksin NDV4HR mendapat permintaan tinggi dalam kalangan negara di rantau Asia dan Asia Barat. Katanya, vaksin itu mempunyai ketahanan haba yang tinggi sehingga 56 darjah celsius dan mampu bertahan selama sembilan jam.

Prof Dr Abdul Rahman Omar, Pengarah Institut Biosains UPM turut dijemput bagi memberikan ceramah berkaitan vaksin NDV4HR kepada para penternak dan usahawan yang hadir semasa pelancaran berkenaan.

Putra Science Park UPM turut mempamerkan kecemerlangan pengkomersilan hasil teknologi UPM disamping teknologi baharu bagi penyakit ayam kepada pelawat yang hadir.

Pelancaran vaksin kali ini juga merupakan kali ke-3 dalam siri jelajah MVP bagi mempromosikan NDV4HR kepada semua penternak ayam dan unggas di Malaysia selepas promosi diadakan di Melaka dan Pulau Pinang.

 

 Sumber berita turut di sunting daripada Utusan Malaysia


UPM Exhibition


UPM Exhibition


Updated:: [asrizam]

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471291
0389464121
C1503481473