PSP SERTAI PERSIDANGAN KETERJAMINAN MAKANAN KEBANGSAAN 2023 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP SERTAI PERSIDANGAN KETERJAMINAN MAKANAN KEBANGSAAN 2023

PSP SERTAI PERSIDANGAN KETERJAMINAN MAKANAN KEBANGSAAN 2023

SERDANG, 15 Ogos – Putra Science Park (PSP) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Persidangan Keterjaminan Makanan Kebangsaan 2023 (PKMK 2023) yang berlangsung pada 15 dan 16 Ogos 2023 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

 

Lebih daripada 400 peserta dalam kalangan penggubal dasar , ahli akademik , penyelidik, usahawan dan komuniti bagi membincangkan hala tuju dasar pertanian telah menyertai persidangan tersebut yang bertemakan “Kelestarian Produktiviti Makanan Negara”.

 

Persidangan tersebut juga memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan serta membincangkan isu-isu keterjaminan makanan dalam negara secara intensif selain membentuk kerjasama di antara institusi awam dan swasta, industri dan komuniti pertanian ke arah mencapai pertanian lestari dan kestabilan.

 

Persidangan anjuran UPM bersama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ini disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam Majlis Penutup PKMK 2023 hari ini.

 

PSP mempamerkan lebih daripada 15 produk komersil berkaitan pertanian dan sekuriti makanan di reruai termasuklah produk Moringo: Moringa Chewable Tablet, FS Feed iaitu makanan pertama larva ikan, vaksin kambing Stvac, produk Cosmos teh herba misai kucing dan banyak lagi.

 

Datuk Seri Mohamad Sabu turut sempat berkunjung ke reruai pameran UPM bagi melihat produk komersilkan yang dipamerkan. Turut hadir ke booth PSP YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dan YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi LPU UPM.

 

 

 

 

Oleh

 

Nor Azizah Ismail

Pegawai Eksekutif

Putra Science Park

Universiti Putra Malaysia

03-9769 2187

i_norazizah@upm.edu.my

 

Date of Input: 25/09/2023 | Updated: 25/09/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCHA3~