PSP Shares Technology Transfer Expertise With ASWARA | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP shares Technology Transfer Expertise with ASWARA

PSP shares Technology Transfer Expertise with ASWARA

 

KLANG, 18 Dis 2023- PSP UPM berkongsi kepakaran dan kemahiran pengurusan pemindahan teknologi bersama 32 pensyarah dan pegawai Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang telah dijalankan melalui Bengkel Pengurusan Harta Intelek bersama pihak ASWARA di KSL Esplanade Hotel, Klang Selangor.


Bengkel Pengurusan Harta Intelek ASWARA Tahun 2023 ini merupakan antara usaha awal pihak ASWARA bagi menggerakkan usaha ke arah pewujudan pengurusan harta intelek dan pengkomersilan di ASWARA.


Menurut Pn Noor Fadilah Ayu Wichi, Pengurus Program Latihan Putra Dynamic, Putra Science Park, ASWARA mempunyai 7 Fakulti dan 3 pusat pengajian dan seni yang berupaya menghasilkan inovasi baharu di dalam bidang seni dan sastera.


“Pensyarah di Fakulti Muzik Aswara telah menghasilkan harta intelek di bawah Program Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) MyIPO dan ini mencetuskan permulaan yang baik bagi ASWARA mendapatkan bantuan dan pengalaman UPM di dalam pengurusan inovasi dan harta intelek," katanya.


PSP UPM sentiasa mengalu-alukan peluang kerjasama dan permohonan daripada agensi atau organisasi yang berminat untuk mendapatkan perkongsian kepakaran daripada UPM di dalam pengurusan harta intelek, pengkomersilan serta pemindahan teknologi yang telah mula aktif di dalam pengurusan inovasi dan pengkomersilan sejak tahun 2006 lagi.


Pengarah PSP, Prof Ir Dr Hj Kamarul Arifin Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Harta Intelek PSP, Prof Dr Rusmawati Said dan Timbalan Pengarah Promosi dan Pengkomersialan Inovasi, Prof Madya Dr Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman merupakan tenaga pakar yang akan berkongsi pengalaman dan tatacara terbaik yang telah diamalkan sebelum ini.

Date of Input: 18/12/2023 | Updated: 18/12/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCRAn~