PSP UPM Giat Usaha Promosi Melalui Platfom SRIE 2023 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » PSP UPM Giat Usaha Promosi Melalui Platfom SRIE 2023

PSP UPM Giat Usaha Promosi Melalui Platfom SRIE 2023

oleh Asrizam Esam
Ketua Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi , PSP

KUALA LUMPUR, 22 Okt - PSP UPM menggiat usaha bagi mempromosikan inovasi dan syarikat start-up melalui platfom Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 2023 bagi mendekati rakan industri dan pelabur teknologi UPM.

SRIE bukan sahaja mempertandingkan R&D di bawah satu platform, namun SRIE yang merupakan program pameran utama di bawah Selangor International Business Summit (SIBS) 2023 yang berjaya menghimpunkan industri daripada pelbagai latar belakang di dalam satu pameran. 

PSP UPM bukan sahaja menghantar 3 inovasi utama untuk dipertandingkan, bahkan disertai bersama oleh 5 syarikat Innohub yang mempromsikan produk mereka di bawah katergori pameran yang berbeza sempena SIBS kali ini di bawah pameran SRIE, SIBS, ITREXC dan Anugerah Inovasi Anak Selangor.

TIga inovasi utama yang turutu serta dan juga dipertandingkan di SRIE kali ini berkaitan teknologi vaksin ikan, sistem kawalan tanah pamah dan produk berdasarkan moringa yang sesuai dimakan untuk kanak-kanak.

Tahniah para usahawan startup company UPM dan penyelidik UPM yang berterusan mempromosikan produk mereka melalui platform yang ditaja oleh pelbagai agensi seperti Invest Selangor, SUK Selangor, Invest Pahang, UPM dan PSP UPM di Selangor Summit: Selangor International Business Summit 2023.

Penyelidik UPM turut memenangi anugerah Utama di tiga plartfom pertandingan R&D yang berbeza sempena SRIE 2023 kali.

PSP akan terus giat mempromosikan hasil teknologi UPM di pelbagai palform supya usaha pengkomersilan dapat dijayakan secara berterusan.

SRIE 2023 yang dianjurkan buat kali ke 4 oleh Pejabat SUK Selangor, merupakan salah satu pameran dagangan terbaik bagi mendapatkan rakan industri dan dapat membantu pempamer seperti UPM dengan menawarkan harga reruai yang rendah berbanding pameran dangangan seumpamanya di KL Convention Centre.

 

Date of Input: 30/10/2023 | Updated: 23/11/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCHA5~