RIC Anjur Majlis IFTAR Pejabat TNCPI-RMC-PSP-Penerbit | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » RIC Anjur Majlis IFTAR Pejabat TNCPI-RMC-PSP-Penerbit

RIC Anjur Majlis IFTAR Pejabat TNCPI-RMC-PSP-Penerbit

13 April 2023 - Bagi mensyukuri Ramadan, sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat TNCPI akan mengadakan Majlis berbuka puasa bagi staf dan keluarga Pejabat TNCPI pada 13 April 2023 (Khamis).

Besar harapan pihak penganjur agar sebarang pembatalan kehadiran sedayanya dielakkan selepas persetujuan HADIR dibuat bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

Kami turut mengalu-alukan huluran SUMBANGAN untuk majlis ini dan sumbangan boleh disampaikan kepada Cik Engku Liyana Zafirah dan Cik Atiqah Dayini. Bagi yang berhajat untuk membawa menu tambahan amat dialu-alukan.

Kerjasama dan keprihatinan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga sumbangan dan sedekah yang dihulurkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. dan digandakan pahala sepanjang bulan Ramadan.

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

Riwayat al-Bukhari: 37

Date of Input: 17/04/2023 | Updated: 17/04/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCPAo~