UPM Cemerlang Rangkul Sembilan Pingat Emas Dan Outstanding Award MTE SDG 2023 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » UPM Cemerlang Rangkul Sembilan Pingat Emas Dan Outstanding Award MTE SDG 2023

UPM Cemerlang Rangkul Sembilan Pingat Emas Dan Outstanding Award MTE SDG 2023

Oleh Nor Azizah Ismail
Pegawai Eksekutif, Putra Science Park

 

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) mempamerkan kecemerlangan dalam inovasi dan penyelidikan dengan merangkul sembilan pingat emas, tiga pingat perak dan satu Outstanding Award di Malaysia Technology Expo Sustainable Development Goals International Innovation Awards (MTE SDG IIA) 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2023.

MTE SDG 2023 merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa yang turut menyediakan platform dan pasaran bagi idea dan inovasi terkini di peringkat global.

Melalui platform ini, para pereka cipta inovasi dapat mempamerkan hasil inovasi, idea dan inisiatif kepada pakar industri, penggubal dasar, pelabur dan rakan inovator di peringkat antarabangsa selain mencari peluang pengkomersilan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

UPM menarik perhatian pereka cipta dari dalam dan luar negara dengan mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional meliputi pertanian, alam sekitar dan sumber semula jadi, pertumbuhan ekonomi dan modal insan.

Sembilan pingat emas yang diraih merupakan hasil dari komitmen dan dedikasi yang tinggi oleh barisan penyelidik dalam membangunkan inovasi terbaik iaitu teknologi PUTRA UAV 2.0 (PUTRA Unmanned Aerial Vehicle 2.0) oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Haji Hameed Sultan dari Fakulti Kejuruteraan, NET-PEAT: Estimation of Ground Water Level (GWL) for Tropical Peatland Forest Using Machine Learning oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan, Ultra Low Speed Wind Turbine for Onshore Rural Area Usage oleh Prof. Ir. Dr. Kamarul Arifin Bin Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan, Putra Amazing Agar oleh Prof. Dr. Syafinaz Amin Nordin dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Malaysian Natural Nutraceuticals for Arthritis Relief oleh Prof. Madya Dr. Maimunah Sanny dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Stabilized Electric Unicycle (Flexi-UC) oleh Dr. Muhammad Azim Azizi dari Fakulti Kejuruteraan, Try-Gonna Bee Apps: Ensuring Food Security through App-Guided Urban Beekeeping oleh Dr. Noris Binti Mohd. Norowi dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Malaysian Mahseer Hybrid (Tor tambroides X Barbonymus gonionotus) oleh Dr. Fadhil Syukri dari Fakulti Pertanian dan Standardized Paederia foetida oleh Dr. Nur Kartinee Kassim dari Fakulti Pertanian.

Manakala, pingat perak dirangkul oleh Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Zairul bin Mohd Noor.

Selain itu, Anugerah Khas iaitu Outstanding Award Winner disandang oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Haji Hameed Sultan melalui teknologi PUTRA UAV 2.0 (PUTRA Unmanned Aerial Vehicle 2.0 iaitu inovasi gentian dron menggunakan serat daun nanas sebagai bahan utama yang menawarkan alternatif yang mampan dan mesra alam termasuk nisbah kekuatan terhadap berat yang tinggi dan integriti struktur standing dengan dengan bahan sintetik.

Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi Putra Science Park UPM berkata, UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersilkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara serta sangat mengalu-alukan kolaborasi daripada rakan industri bagi membawa hasil penyelidikan ke pasaran supaya manfaatnya dapat dikongsi dengan semua pihak yang disasarkan.

“Semoga anugerah dan pengiktirafan yang diterima ini terus menjadi pembakar semangat kepada para penyelidik UPM dan terus meningkatkan usaha pembangunan teknologi dan inovasi yang lebih cemerlang bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh industri, rakyat dan negara,” tambah beliau.

 

 

Date of Input: 30/10/2023 | Updated: 23/11/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCVAJ~