KEUSAHAWANAN MIKRO | PUTRA SCIENCE PARK
» PERKHIDMATAN » KEUSAHAWANAN MIKRO

KEUSAHAWANAN MIKRO

Program Pembangunan Keusahawanan Mikro (Microcredit Entrepreneurship Development - MED) merupakan inisiatif kerjasama antara pihak UPM and MTDC.

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan kepada pelajar UPM terutamanya yang kurang berkemampuan termasuk anak asnaf, fakir dan miskin. Program MED akan meliputi pinjaman modal mikro, penambah baikan idea, pemantauan dan mentor.


KERJASAMA 

Putra Science Park (PSP) UPM merupakan pemacu utama Program MED. PSP turut disokong oleh beberapa pihak lain di UPM iaitu Pejabat Bendahari UPM, Bahagian Zakat Wakaf dan Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) yang turut mengambil bahagian dalam pemilihan, pengeluaran, pemantauan,dan bimbingan bagi program ini.


OBJEKTIF 

  1. Untuk memupuk keusahawanan di kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada segmen pelajar UPM yang kurang bernasib baik
  2. Untuk memberi suntikan modal bagi memulakan perniagaan sebagai perangsang semangat keusahawanan di kalangan pelajar kurang bernasib baik
  3. Untuk memupuk semangat juang untuk hidup berdikari dan mengikis pemikiran bergantung hidup sebagai penerima bantuan zakat dan bantuan kebaijikan di kalangan pelajar kurang bernasib baik
  4. Mengadakan program berterusan untuk membina budaya keusahawanan dan membimbing pelajar
  5. Memastikan peserta mengutamakan tanggungjawab mereka sebagai pelajar UPM walaupun mereka terlibat dengan program keusahawanan ini.


BANTUAN KEWANGAN

Selain itu, program MED ini juga turut disokong oleh pihak MTDC yang memainkan peranan dalam menyediakan bantuan kewangan. Bantuan kewangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) MTDC. Kerjasama erat antara UPM dan MTDC ini diharap berupaya membangunan kapasiti modal insan disamping meningkatkan status sosio-ekonomi bagi golongan yang kurang bernasib baik.

Penerima MED dijangka akan membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman yang telah diberikan selepas beberapa bulan termasuk bayaran caj bimbingan yang MINIMAL dan kos pentadbiran latihan.

 

Sehubungan dengan itu, bagi pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini boleh melihat rakaman taklimat di link berikut :

Recording link: https://upm.webex.com/upm/ldr.php?RCID=f70c1dcb58d590d31dcd96a1fa63a4b3

Password: gNr6M3z3

Bagi pelajar yang berminat memohon Program MED ini boleh mengisi borang dalam talian berikut :

https://forms.gle/NH4sngjCTK4L5jkF8

 

PERMOHONAN TERBUKA SEPANJANG TAHUN

 

Maklumat lanjut ;

Penyelaras Program Mikrokredit

Pn Norazaidah Yahaya 
Tel: 603-9769 1850
norazaidah@upm.edu.my

Kemaskini:: 14/07/2022 [asrizam]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDcSAt~