Green Initiative Program | PUTRA SCIENCE PARK
» ABOUT US » OUR GOAL » Green Initiative Program

Green Initiative Program

Program Bebas Dawai

Program ini merupakan aktiviti yang dirancang bagi melengkapkan perlaksanaan inovasi yang telah dibangunkan oleh Kumpulan KIK Langit Putra. Kumpulan KIK Langit Putra merupakan kumpulan KIK daripada Pejabat TNCPI dan PSP telah mereka cipta inovasi Skyridder iaitu alat yang digunakan untuk mengatasi masalah kesukaran membuang dawai lama dan serpihan kayu pada tiang lampu di sekitar UPM.

Dawai lama yang berkarat berserta cebisan sampah/kayu gegantung (bunting) yang tertinggal pada tiang lampu di sekitar jalan utama UPM akan menyukarkan kerja pemasangan gegantung yang baharu dan turut mencemarkan persekitaran alam sekitar di UPM. Ini akan turut menjejaskan imej kebersihan di UPM yang telah mendapat pengiktirafan “Green Campus”.

Kumpulan telah membentangkan inovasi ini kepada pihak CoSComm UPM dan COSCOMM bersetuju untuk menguji Skyridder sebagai salah satu validasi pasaran dan penyeragaman penggunaan alat ini di UPM.

Objektif Program

  1. Memudahkan proses pemasangan bunting baharu bagi program UPM
  2. Memudahkan proses pembuangan dawai lama pada tiang lampu
  • Mempercepatkan masa pembuangan dawai lama pada tiang lampu
  1. Memastikan keselamatan pekerja semasa kerja pembuangan dawai dilaksanakan terjamin
  2. Memelihara kebersihan, keindahan dan kehijauan kampus UPM
  3. Menguatkuasakan penggunaan Skytider dan menghalang dawai lama ditinggalkan pada tiang lampu oleh COSCOMM

 

Impak Dan Faedah Kepada Universiti

  • mengurangkan masalah dawai karat lama yang mengotorkan persekitaran dan keindahan UPM
  • Memudahkan proses pemasangan bunting akan datang
  • menyokong dasar Green Campus UPM

 

Updated:: 07/07/2019

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1575960417