Selasa- 22 April 2026. Bengkel Formulasi Perkongsian Manfaat Kewangan bagi Garis Panduan Syarikat Pemula di bawah Program InnoHub telah berjaya dianjurkan pada hari ini, bermula dari jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang.
Bengkel ini dimulai dengan taklimat oleh ahli Lembaga Pengarah Universiti, YBrs. Tn Sabrie Salleh serta interaksi dua hala dengan penyelidik UPM yang juga pengasas syarikat pemula. Pengarah Putra Science Park, YBhg.Prof.Dr. Samsilah Roslan, kemudiannyya mengetuai sesi perbincangan dan brainstorm sepanjang bengkel berlangsung.
Bengkel ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan sepenuhnya penyelidik universiti, pihak PPUU, pejabat undang-undang TNCPI, Bursar, Adnan & Co yang telah memainkan peranan penting dalam memberikan pandangan dari sudut perundangan dan pengurusan kewangan universiti. Kehadiran mereka telah memperkayakan perbincangan, khususnya dalam memastikan setiap cadangan garis panduan yang dirangka selaras dengan dasar, pematuhan serta keperluan tadbir urus yang berkuat kuasa serta memastikan manfaat yang terbaik untuk semua pihak.
Date of Input: 23/04/2026 | Updated: 23/04/2026 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia