Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr.,
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2024
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Seperti YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr. sedia maklum, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang (bridging the gap) pengkomersialan produk penyelidikan dengan menyediakan dana pra pengkomersialan yang melibatkan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu. Program ini diharapkan berupaya memacu pengkomersialan produk/teknologi hasil penyelidikan bagi mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang keluaran termaju (cutting edge).
3. Untuk makluman YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr., pihak Putra Science Park di bawah PTJ Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPM membuka tawaran permohonan geran MyLAB 1/2024 kepada semua kakitangan akademik UPM yang berminat. Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan Geran Malaysia Laboratories for Akademia-Business Collaboration (MyLAB) dan juga Garis Panduan Geran MyLAB (Pindaan Tahun 2024) atau boleh dimuat turun daripada laman sesawang Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) melalui http://portal.mygrants.gov.my/main.php.
4. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr. boleh memajukan borang permohonan secara hardcopy kepada Unit Pengurusan Geran Pengkomersilan, Putra Science Park selewat-lewatnya pada 13 September 2023 (Jumaat) sebelum jam 3.00 Petang.
5. Kerjasama YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr. adalah dipohon untuk memanjangkan perkara ini kepada para penyelidik di PTJ masing-masing dan diharapkan ianya berupaya memacu pengkomersialan produk/teknologi hasil daripada penyelidikan mereka.
Sekiranya terdapat sebarang persoalan, pihak YBhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr, boleh menghubungi Unit Pengurusan Geran Pengkomersilan Putra Science Park, Puan Fadilah di talian 03-9469 2183 atau emel di fadilah@upm.edu.my.
Sekian, Terima Kasih.
“MALAYSIA MADANI”
"BERILMU BERBAKTI"
Saya yang menjalankan amanah,
NOOR FADILAH AYU BINTI WICHI
Pegawai Eksekutif
Seksyen Pentadbiran
Pengurusan Geran Pengkomersilan & Unit Pengurusan Latihan
Putra Science Park
UPM-MTDC Technology Centre
43400 UPM Serdang, Selangor.
email: fadilah@upm.edu.my
Tel : 03-9769 2183

Date of Input: 09/09/2024 | Updated: 09/09/2024 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia