20 Disember 2024: Seksyen InnoHub, Putra Science Park telah menerima kunjungan tidak rasmi daripada YBhg. Prof. Ir. Dr. Hjh. Siti Noor Linda Hj. Taib, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UNIMAS dan Research, Innovation and Enterprise Centre, UNIMAS yang diwakili oleh Professor Dr. Awang Ahmad Sallehin (Pengarah), Dr. Elexson Nillian (Ketua Unit Inovasi & Pengkomersilan) dan Puan Nafisah Azman (Pegawai Penyelidik).
Delegasi UNIMAS disambut mesra oleh Puan Siti Rahayu Hussin dan pasukan InnoHub.
Selain itu, delegasi UNIMAS juga turut dibawa melawat ke Lipidware Learning Centre yang dimiliki oleh Lipidware Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemula yang ditubuhkan di bawah Program InnoHub yang mengkomersilkan hasil penyelidikan Prof. Dr. Lai Oi Ming(FBSB).
Melalui lawatan ini, pihak UNIMAS berminat dengan inisiatif Program InnoHub yang dilaksanakan oleh PSP dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama pada masa hadapan.
Date of Input: 20/12/2024 | Updated: 20/12/2024 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia