SISA PELEPAH SAWIT JADI MAKANAN TERNAKAN BERKUALITI: INOVASI UPM PACU SEKURITI MAKANAN NEGARA | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » SISA PELEPAH SAWIT JADI MAKANAN TERNAKAN BERKUALITI: INOVASI UPM PACU SEKURITI MAKANAN NEGARA

SISA PELEPAH SAWIT JADI MAKANAN TERNAKAN BERKUALITI: INOVASI UPM PACU SEKURITI MAKANAN NEGARA

Di sebalik hamparan ladang kelapa sawit yang luas di Malaysia, terdapat satu sumber yang sering dipandang sebagai sisa pertanian iaitu pelepah sawit. Namun, melalui kreativiti dan kepakaran penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), bahan yang sebelum ini kurang dimanfaatkan kini berpotensi menjadi sumber makanan ternakan berkualiti tinggi. Inovasi yang dibangunkan oleh Prof. Dr. Hasliza Binti Abu Hassim, Timbalan Pengarah, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), UPM, memperkenalkan teknologi prarawatan silaj pelepah sawit menggunakan ekstrak enzim daripada kulat pereput putih (White Rot Fungi). Teknologi ini membantu meningkatkan nilai pemakanan silaj dengan menguraikan lignin, iaitu komponen utama yang mengehadkan kebolehcernaan bahan makanan oleh ternakan ruminan seperti lembu, kambing dan biri-biri.

Keistimewaan inovasi ini terletak pada penggunaan ekstrak enzim yang diekstrak daripada kulat Phanerochaete mellea dan Schizophyllum commune tanpa perlu menggunakan kulat hidup secara langsung. Pendekatan ini bukan sahaja lebih praktikal dan mudah diaplikasikan oleh industri, malah berupaya meningkatkan kandungan nutrien dalam silaj secara lebih berkesan. Melalui teknologi ini, pelepah sawit yang banyak dihasilkan setiap tahun dapat ditukar kepada sumber makanan ternakan yang lebih berkualiti, sekali gus mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber makanan ternakan import yang semakin mahal.

Lebih penting, inovasi ini penternak dapat menikmati sumber makanan ternakan yang lebih berkualiti dari segi kandungan nutrien yang membantu meningkatkan kadar kecekapan pencernaan dan produktiviti ternakan ruminan. Pada masa yang sama, teknologi ini menyokong usaha negara ke arah pertanian mampan dengan mengurangkan pembaziran sisa pertanian dan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan. Inovasi yang diterajui oleh Prof. Dr. Hasliza Abu Hassim ini membuktikan bahawa penyelidikan UPM bukan sahaja menghasilkan penemuan saintifik yang cemerlang, malah mampu diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi impak langsung kepada industri, kesejahteraan masyarakat dan agenda sekuriti makanan negara.

Link: https://www.facebook.com/share/19DPs9M2BD/

 

May be an image of text that says "MASALAH: SISA TERBIAR & KOS TINGGI Sisa Pelepah Sawit Jadi Makanan Ternakan Berkualiti: Inovasi UPM untuk Penternak Malaysia Isusi pertanian yang cerbiar dedakimportyangmaha mahai. INOVASI: DARIPADA SISA MENJADI SUMBER KEPENTINGAN MANFAAT KEPADA PENTERNAK EKSTRAK ENZIM PINTAR Menggunakan enzim kulat Phonerocdete meiled mened ignin agimeningkatkan Menukarkan Sawit Menjadi Silaj: Pelepah hieme อรลกอ dibuang dibuangKini sumber sumbermakan makanan ternakan utama. Shin PRAKTIKAL MUDAH DIAPLIKASIKAN Pendekatan nggunakan ekstrak herbanding nakan penggunaan kulat thidup. MENINGKATKAN TERNAKAN Nutrienya ebihtinggi Kartumbuhar MENGURANGKAN KOS MAKANAN MPOR kecekapan ruminan. sumber menangani makanante ernakani ternakanimport import MENYOKONG PERTANIAN MAMPAN yang pembaziran nsambil berterusan. NotebookLM"

Date of Input: 03/06/2026 | Updated: 03/06/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:14:15pm-01:19:15pm, 13 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]