Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Putra Science Park, UPM akan membuka Tawaran bagi Program InnoHub/ Geran Kajian Validasi Pasaran (InnoHub) dan Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP) bagi Kohort Mac 2026 . Sehubungan itu, satu sesi taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut:
📅 27 November 2025 (Khamis)
â° 9.30 pagi – 11.30 pagi
📠Mod: Hibrid (Fizikal & Atas Talian)
🢠Tempat Fizikal: InnoHub, Putra Science Park
💻 Atas Talian (Google Meet): https://meet.google.com/tkq-owbq-gmy
🔗 Link Pendaftaran Taklimat: https://forms.gle/wH1bVf58rS9N9bzQ8
SINOPSIS
Sesi taklimat ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan staf UPM berkenaan Program InnoHub/ Geran Kajian Validasi Pasaran (InnoHub) dan Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP). Taklimat ini akan merangkumi maklumat program, garis panduan, kelayakan, tatacara permohonan serta manfaat penyertaan bagi kedua-dua inisiatif berkenaan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi:
* Puan Noor Fadilah Ayu Wichi – 03-9769 2183 | fadilah@upm.edu.my
* Puan Norazaidah Yahaya – 03-9769 2181 | norazaidah@upm.edu.my
* Puan Zuraini Mat – 03-9769 2184 | zuraini_upm@upm.edu.my
Pihak kami amat menghargai kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada semua staf di PTJ masing-masing.
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”
Saya yang menjalankan amanah,
Seksyen InnoHub
Putra Science Park (PSP)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.
Date of Input: 24/11/2025 | Updated: 24/11/2025 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia