Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/ Datin/ Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Geran Komersil, Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM telah membuka tawaran bagi permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP), Putra Science Park, UPM 1/2025.
MATLAMAT:
Geran ini akan membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek/teknologi berisiko tinggi ke arah pengkomersilan. Ia akan digunakan bagi melonjakkan sesuatu teknologi atau perkhidmatan yang tertentu ke arah pengkomersilan.
SASARAN:
Ditawarkan kepada penyelidik UPM (staf akademik dan bukan akademik) untuk menambah baik dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersilan, supaya ia dapat bergerak dengan lebih dinamik, bagi menarik pihak industri, rakan kongsi atau pelabur.
KELAYAKAN:
• Teknologi telah mempunyai perlindungan harta intelek;
• Kesediaan teknologi pada tahap TRL5 dan ke atas;
• Mempunyai sasaran pasaran yang telah dikenalpasti;
• Berpotensi tinggi untuk dikomersilkan;
• Mempunyai rakan industri yang berhasrat untuk megkomersilkan produk inovasi yang dibangunkan.
FAEDAH:
• Peruntukan sehinggaRM 100,000.00 setiap projek.
• Projek maksima sehingga 1 tahun.
HASIL AKHIR:
• Kesediaan Teknologi mencapai tahap TRL 9
• Mengkomersilkan harta intelek melalui perlesenan atau pembelian terus oleh rakan industri.
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
Norliyana Abd Karim (03-97692183, norliyana_karim@upm.edu.my)
DOKUMEN PERMOHONAN & GARIS PANDUAN:
https://sciencepark.upm.edu.my/faildokumen
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 14 APRIL 2025

Date of Input: 12/02/2025 | Updated: 12/02/2025 | norliyana_karim

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia