Tawaran Bagi Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP),Putra Science Park, UPM 2/2024 | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » Tawaran Bagi Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP),Putra Science Park, UPM 2/2024

Tawaran Bagi Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP),Putra Science Park, UPM 2/2024

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/ Datin/ Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Geran Komersil, Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM telah membuka tawaran bagi permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP),Putra Science Park, UPM 2/2024.

MATLAMAT:

Geran ini akan membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek/teknologi berisiko tinggi ke arah pengkomersilan. Ia akan digunakan bagi melonjakkan sesuatu teknologi atau perkhidmatan yang tertentu ke arah pengkomersilan.

SASARAN:


Ditawarkan kepada penyelidik UPM (staf akademik dan bukan akademik) untuk menambah baik dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersilan, supaya ia dapat bergerak dengan lebih dinamik, bagi menarik pihak industri, rakan kongsi atau pelabur.

KELAYAKAN:


• Teknologi telah mempunyai perlindungan harta intelek
• Kesediaan teknologi pada tahap TRL5 dan ke atas
• Mempunyai sasaran pasaran yang telah dikenalpasti
• Berpotensi tinggi untuk dikomersilkan
• Mempunyai rakan industri yang berhasrat untuk megkomersilkan produk inovasi yang dibangunkan

FAEDAH:


• Peruntukan sehinggaRM 100,000.00 setiap projek
• Projek maksima sehingga 1 tahun

HASIL AKHIR:


• Kesediaan Teknologi mencapai tahap TRL 9
• Mengkomersilkan harta intelek melalui perlesenan atau pembelian terus oleh rakan industri.

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:


• Noor Fadilah Ayu Binti Wichi : 03-97692183, fadilah@upm.edu.my

DOKUMEN PERMOHONAN & GARIS PANDUAN:
• https://sciencepark.upm.edu.my/faildokumen

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 Oktober 2024

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"
"BERILMU BERBAKTI''

Saya yang menjalankan amanah,

NOOR FADILAH AYU WICHI
Pegawai Eksekutif
Seksyen Pentadbiran
Pengurusan Geran Pengkomersilan & Unit Pengurusan Latihan
Putra Science Park
UPM Serdang, Selangor.
email: fadilah@upm.edu.my
Tel : 03-9769 2183

 

Date of Input: 09/10/2024 | Updated: 09/10/2024 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (05:58:21pm-06:03:21pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]