Edu-Park Jayakan Majlis Pelancaran Pameran 50 Tahun P Ramlee Dalam Kenangan. | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Edu-Park jayakan Majlis Pelancaran Pameran 50 Tahun P Ramlee Dalam Kenangan.

Edu-Park jayakan Majlis Pelancaran Pameran 50 Tahun P Ramlee Dalam Kenangan.

 

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

22 Mac, SERDANG - Seksyen Edu-Park, PSP turut menjayakan Majlis Pelancaran Pameran 50 tahun P Ramlee Dalam Kenangan anjuran Muzium Warisan Melayu dengan kerjasama Putra Media & Industri Kreatif, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 

Menurut Pegawai Eksekutif, Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly, pameran sebegini adalah penting bertujuan memastikan hasil seni dan karya hebat Seniman  Agung Tan Sri P. Ramlee kekal sebagai khazanah budaya negara seiring dengan pengiktirafan yang diberikan oleh mantan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YBhg. Datuk Mohamaddin Ketapi pada tahun lalu yang mengisytiharkan sebanyak 149 hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menjadi Warisan Kebangsaan.

 

Rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada warga kampus UPM, penduduk setempat, dan peminat allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. 

Pada kesempatan kali ini, reruai Edu-Park mendekati masyarakat awam dalam mempromosikan sebelas tempat tarikan pengunjung meliputi Muzium Warisan Melayu, Ladang Rusa, Ladang Bersepadu 10, dan pelbagai lagi. 

Majlis Pelancaran Pameran 50 Tahun P Ramlee Dalam Kenangan merupakan pameran yang julung kali diadakan. Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, dari Sektor Penyelidikan dan Pengembangan, Tuan Mokhtaruddin Lamsin telah hadir bagi menjayakan dan merasmikan pameran ini. 

Pada pameran kali ini, tiga fokus utama telah diketengahkan kepada tatapan umum meliputi karya seni muzik, naskah perfileman Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, dan pameran busana Seniwati Saloma. 

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang mengikuti sesi dialog santai bertajuk, P. Ramlee dari kaca mata anak muda yang menampilkan dua tetamu hebat, Danial Aziz dan Hidir Ali Razali. Sesi dialog ini menampilkan Dr. Hani Salwah selaku moderator forum.

 

Diharapkan semoga usaha sebegini akan terus dipertingkatkan dan menyuntik semangat anak muda untuk terus meluaskan karya seni di peringkat yang lebih tinggi. 

Tarikh Input: 23/03/2023 | Kemaskini: 23/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEaBAQ~