PSP Kongsi Kepakaran Pemindahan Teknologi Dengan Delegasi Bangladesh | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP kongsi kepakaran pemindahan teknologi dengan Delegasi Bangladesh

PSP kongsi kepakaran pemindahan teknologi dengan Delegasi Bangladesh

SERDANG, Feb 2019 - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi kepakaran  proses pemindahan teknologi, pengurusan harta intelek dan pengkomersilan teknologi kepada delegasi daripada Bangladesh Hi-Tech Technology Park Authority (BHTPA) Bangladesh, Naib Canselor Chittagong University of Engineering & Technology dan Canadian University of Bangladesh, melalui latihan yang dijalankan baru-baru ini. PSP UPM yang telah mendapat 5 kali pengiktirafan oleh MYIPO selaku organisasi terbaik di dalam pengurusan harta intelek dan pengkomersilan kerap menjadi sumber rujukan oleh pelbagai agensi di dalam mahupun luar negara.

 

Latihan telah diadakan selama dua hari dengan bimbingan pakar pemindahan teknologi di PSP iaitu Timbalan Pengarah (Pemangku), Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja’afar, Ketua Pengawai Eksekutif (Pengkomersialan) InnoHub  Ahmad Zakir Dato' Wira Ja'afar, dibantu oleh Penyelaras InnoHub UPM Dr. Wan Nurhayati Wan Abd. Rahman, Timbalan Pengarah (Pemangku), Bahagian Putra IP, Dr. Zahira Mohd Ishan, Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Promosi dan Pemasaran Inovasi, dan turut dibantu oleh Norliyana Kamarudin Pegawai Penyelidik Next2u, PSP.

 

Wakil delegasi, Mr. A N M Safiqul Islam, Pengarah Projek (Setiausaha Bersama), Bangladesh Hi-Tech Park Authority dan Prof. Dr Mohammad Mahfuzul Islam, Naib Canselor, Bangladesh Canadian University turut mengadakan perbincangan bersama Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, bagi melihat potensi kolaborasi bersama UPM terutamanya bagi program Pengajian Pascasiswazah dan kepakaran lain di UPM.

 

Pada masa yang sama, Ahmad Zakir dan Dr. Wan Nurhayati yang juga penyelaras inovasi Pusat Tanggungjawab (PTJ) mewakili Pengarah PSP berkongsi mengenai latihan lain yang boleh dijalankan antara UPM dan Bangladesh Hi-Tech Technology Park Authority, universiti dan institut penyelidikan di negara itu.

 

UPM mengalu-alukan delegasi antarabangsa mahupun tempatan untuk membuat lawatan ke UPM bagi mendapatkan pendedahan pengurusan program pengajian   terutamanya program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan serta melihat dan mendapatkan kepakaran yang ada di universiti.

 

Mereka juga dibawa untuk melawat UPM-MTDC, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama antara PSP dan Innovation and Technology Managers Assosiation (ITMA) Malaysia bagi melihat aktiviti pemindahan teknologi dan program inkubasi di organisasi berkenaan.

 

Latihan inovasi ini diuruskan oleh Pegawai Eksekutif di Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi, PSP,  Hafliza Hussin, dengan kerjasama UPM Education and Training Sdn. Bhd.

Maklumat lanjut mengenai latihan inovasi, layari http://www.sciencepark.upm.edu.my atau email putra.dynamics@upm.edu.my. - UPM

Tarikh Input: 18/02/2019 | Kemaskini: 28/03/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETUAt~