PSP Sahut Aspirasi Ke-9 UPM, Amal Aktiviti Sukan Dan Riadah | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Sahut Aspirasi ke-9 UPM, Amal Aktiviti Sukan dan Riadah

PSP Sahut Aspirasi ke-9 UPM, Amal Aktiviti Sukan dan Riadah

SERDANG, 22 Ogos - Warga Putra Science Park telah berjaya menyahut seruan Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Roslan dalam mempraktikkan budaya bersenam di tempat kerja pada setiap hari Rabu bermula jam 5 hingga 6 petang yang diadakan di perkarangan lobi PSP. 

Pengarah Putra Science Park, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad berkata tujuan aktiviti riadah ini merupakan salah satu langkah untuk memastikan warga PSP kekal sihat, cergas dan berproduktif tinggi dalam melaksanakan tugas dan mencapai KPI ke arah 100 universiti terbaik di dunia. 

Semua staf terlibat telah berpeluang menaiki basikal elektrik eduPark bagi aktiviti santai berbasikal sekitar UPM yang telah dijalankan kali ini.

Hari sukan dan riadah staf Universiti Putra Malaysia diadakan pada setiap hari Rabu setiap minggu yang dianjurkan oleh Akademi Sukan UPM bertujuan untuk membudayakan gaya hidup sihat dan cergas.

Sejajar dengan Aspirasi ke-9 iatu Memperhebat Prakarsa Kesejahteraan Kampus, setiap warga Putra Science Park perlu menerapkan gaya hidup sihat dan cergas. 

Program ini sebagai langkah prihatin bagi memastikan aspek kesihatan dititik beratkan khususnya dalam kesibukan menjalankan tugas seharian.

Ianya juga suatu langkah memupuk kesedaran dan bertindak sebagai langkah pencegahan yang lebih baik berbanding kaedah rawatan setelah sakit. 

Selain dapat memupuk amalan gaya hidup sihat, aktiviti ini juga dilihat mampu mengeratkan hubungan di antara warga kerja Putra Science Park. 

Kesimpulannya program tersebut telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan dicadangkan supaya ianya diteruskan berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh warga Putra Science Park. 

Tarikh Input: 22/08/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETHA1~