PSP, UPM Terima Lawatan Kerja Daripada 40 Ahli (i-LEAD), Kementerian Belia Dan Sukan | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP, UPM Terima Lawatan Kerja Daripada 40 Ahli (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan

PSP, UPM Terima Lawatan Kerja Daripada 40 Ahli (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan

PSP TERIMA LAWATAN KERJA DARIPADA 40 AHLI (i-LEAD), KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 

 

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

SERDANG, 24 Ogos - Putra Science Park, UPM telah menerima lawatan kerja daripada 40 ahli Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 24 Ogos 2022. Kunjunan ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugasan harian di peringkat KBS.

Pengarah Putra Science Park, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad dan ahli pengurusan tertinggi Putra Science Park, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, dan Prof. Madya. Dr. Zahirah Bt Mohd Eshan, Timbalan Pengarah Seksyen Harta Intelek serta beberapa kakitangan Putra Science Park telah menyambut kedatangan delegasi daripada KBS. 

 

Delegasi tersebut diketuai oleh En Hazli Bin Hj Hamzah dari Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan KBS berkata, bahagian ini memainkan peranan yang penting dalam memastikan ia mampu membangunkan belia yang holistik dan unggul ke arah negara sejahtera. 

Dalam sesi pertemuan itu, delegasi (i-LEAD) KBS telah diberi taklimat oleh Timbalan Pengarah Seksyen Penyelidikan Harta Intelek, Prof. Madya. Dr. Zahirah Bt Mohd Eshan tentang informasi ringkas berkaitan harta intelek serta latar belakang InnoHub, syarikat start-up yang bernaung di bawah program InnoHub, UPM di mana InnoHub merupakan salah satu program yang mencatat. 

Di akhir sesi lawatan ini, delegasi (i-LEAD), KBS telah dibawa melawat sekitar pejabat operasi Putra Science Park, serta Galeri Penyelidikan dan Inovasi,  di mana ia bertanggung jawab di dalam proses berkaitan harta intelek, pemindahan teknologi, pengkomersilan harta intelek dan eDU-tourism pelancongan yang lebih dikenali sebagai EDUPARK.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja dan sesi perbincangan bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama di antara pihak Putra Science Park dan Kementerian Belia dan Sukan berjalan lancar.

Semoga sesi lawatan kerja ini dapat memberi manfaat jangka panjang dalam hubungan dua hala kedua-dua belah pihak.

 

Tarikh Input: 26/08/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdIAS~