InnoHub Anjur Sesi Perjumpaan Santai Bersama Pengarah | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » InnoHub anjur Sesi Perjumpaan Santai bersama Pengarah

InnoHub anjur Sesi Perjumpaan Santai bersama Pengarah

 

SERDANG, 14 September - Seksyen InnoHub PSP telah mengadakan majlis perjumpaan santai antara Pengarah PSP, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad bersama barisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pemula InnoHub yang  berlangsung di Ruang Bincang InnoHub, Putra Science Park bermula pada jam 10.00 pagi. 

 

Tujuan utama sesi perjumpaan santai dijalankan adalah untuk membincangkan dan memantapkan lagi hala tuju, sasaran dan pencapaian syarikat Inno Hub di peringkat yang lebih cemerlang.

 

Pada sesi perjumpaan kali ini, Pengarah PSP turut mengambil peluang mendekati barisan CEO syarikat pemula UPM dan setiap CEO atau wakil syarikat telah berkongsi perkembangan terkini syarikat dan perkembangan teknologi masing-masing.
Sesi perbincangan berjalan lancar dan diiringi dengan pertukaran pendapat, perkongsian idea serta khidmat nasihat di antara ahli yang hadir bagi menghasilkan idea-idea baharu yang berjaya menambahbaik aktiviti sedia ada.

 

Turut hadir pada majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Putra Science Park, yang telah berpengalaman di dalam menyelaras program InnoHub di peringkat permulaan penubuhannya.
Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, yang merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM dan juga Penyelaras Program InnoHub yang berpengalaman di dalam menguruskan syarikat pemula, serta Encik Adrian Joseph, Pegawai Eksekutif 1 PSP merangkap mentor bagi program InnoHub telah memastikan program ini berjaya di laksanakan secara berterusan. Model InnoHub PSP UPM juga telah menjadi rujukan atau "role model" daripada pelbagai agensi dan IPT di Malaysia. Semoga kejayaan InnoHub akan dapat memberi impak positif dan membantu lagi meningkatkan industri dan kemajuan teknologi di Malaysia.

Tarikh Input: 21/09/2022 | Kemaskini: 25/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXESMAZ~