UPM Menang Anugerah Emas Kategori Paten Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2017 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM menang anugerah emas kategori Paten Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2017

UPM menang anugerah emas kategori Paten Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2017

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi anugerah emas bagi kategori Paten untuk inovasi An Additive for Edible Oil Composition hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Suhaila Mohamed daripada Institut Biosains UPM  pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara, sempena Hari Harta Intelek Negara 2017 di Hotel Pullman Bangsar.

 

Prof. Dr. Suhaila membawa pulang hadiah kemenangan RM10,000.00, piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

 

Inovasi ini merupakan formulasi saintifik minyak daripada ekstrak herba semulajadi sebagai bahan penambah minyak masak untuk menggoreng dan mampu mengurangkan penyerapan minyak dalam makanan bergoreng sehingga 85%.

 

“Antara kelebihan lain produk ini adalah ia diperkaya dengan antioksida yang tinggi, bersifat antibakteria dan antihistamin, meningkatkan kegaringan, rasa dan kualiti makanan bergoreng, mencegah kerosakan minyak semasa menggoreng atau semasa penyimpanan dan menjadikan makanan bergoreng kurang bahaya kepada kesihatan.

 

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Putra Science Park, Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan yang memberi sokongan serta Iimbalannya Dr. Zahira Mohd. Ishan (Bahagian Putra IP dan Dr. Mohamad Fakri Zaky Ja`afar (Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi) yang mencalonkan penciptaan itu untuk majlis anugerah berkenaan.

 

Terima kasih kepada semua peserta bengkel Laman Web/Blog Peribadi Pejabat TNCPI di Makmal IPSAS. Diharapkan semua usaha sentiasa diberkati dan berterusan.

Blog perserta yang hadir- 

 

http://tefikir.blogspot.my/
http://mudahbuy.blogspot.my/
http://gentayan.blogspot.my/
https://fuelsaverproducts.blogspot.my/
http://ricclub.weebly.com/
http://upmtechnology.home.blog/
https://skytider.yolasite.com/
https://inovasisainsterkini.yolasite.com/
http://teknologibaharu.weebly.com/
http://apanakjadi.weebly.com/
http://homikorthebackpacker.weebly.com/
http://kajangmalaysia.weebly.com/
http://juliekusayang.weebly.com/
http://peliks.weebly.com/
http://junenea.weebly.com

http://terataknalida.weebly.com/ 
http://chessloversz.weebly.com/
http://sukajalanjum.weebly.com/
http://sukacantek.weebly.com/ 
http://anugerahhartainteleknegara.weebly.com/
http://hishamsahaja.weebly.com/
http://sukacantek.weebly.com

Tarikh Input: 09/08/2017 | Kemaskini: 17/06/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEYQAM~