SERDANG 5 Julai – Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2020 secara virtual telah berlangsung bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021. Sempena Norma Baharu ini, IGEM mengambil inisiatif untuk membuat pameran secara virtual berikutan wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara ketika ini.
Jangan lepaskan peluang untuk melawat booth Putra Science Park-Universiti Putra Malaysia di Pameran IGEM 2021 yang mempamerkan 8 inovasi terkini berkaitan pertanian, makanan dan teknologi hijau yang berpotensi untuk dikomersilkan.
Majlis Perasmian IGEM 2021 telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia dan kata-kata aluan oleh YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) yang juga penganjur utama IGEM 2021
Layari pameran maya UPM di https://virtual.igem.my/virtual/booth/upm/
Tarikh Input: 30/07/2021 | Kemaskini: 30/07/2021 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia