UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019

UPM RANGKUL 9 ANUGERAH TERMASUK 2 ANUGERAH UTAMA SEMPENA SELANGOR R&D AND INNOVATION EXPO 2019

Kuala Lumpur, 14 Okt – UPM berjaya merangkul 2 anugerah utama dan 6 anugerah mengikut kluster masing-masing sempena Selangor R&D and Innovation Expo 2019 yang telah berlangsung pada 10 hingga 13 Oktober 2019 di Malaysia International Trade and Exhibition (MITEC), Kuala Lumpur.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyediakan platform pengkomersilan serta menggalakkan kajian dan penyelidikan di antara universiti, institusi penyelidikan dan mewujudkan jaringan industri.

Selangor R&D and Innovation Expo 2019 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor pada Majlis Perasmian Selangor R&D and Innovation Expo 2019 di Dewan 6, Aras 2 MITEC KL. Pada majlis tersebut juga telah diadakan Pertukaran Dokumen Perjanjian MOA Perlesenan di antara Universiti Putra Malaysia dan Upstream Downstream Process Sdn Bhd bagi inovasi ImprintSorb (Mercury Removal Polymer). Inovasi tersebut direka dan dihasilkan secara khusus untuk menyingkirkan merkuri di dalam air hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Nor Azah Yusof dan ahli kumpulannya dari Fakulti Sains, UPM.

UPM telah menghantar 12 penyertaan pada pameran Selangor R&D and Innovation Expo ini di bawah kluster Sains Hayat, Mesin dan Peralatan, Elektrik dan Elektronik, Pengangkutan serta Makanan dan Minuman. Selain itu, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Langit Putra dari Putra Science Park dan Pejabat TNCPI, Universiti Putra Malaysia melalui projek inovasi Syktider turut bertanding bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor (AINS).

Turut berkesempatan melawat booth pempamer UPM ialah Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan juga Prof Dr Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM.

Dr. Karmegam Karuppiah dan Pn. Nur Athirah Diyana Mohammad Yusof dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjadi Johan bagi Kluster Pengangkutan (Kategori Universiti) dan telah dinobatkan sebagai Kluster Terbaik dengan nilai penyelidikan sebanyak RM50,000.00 bagi inovasi Child Pillion Safety Backrest Prototype iaitu inovasi yang diabngunkan secara khusus untuk menjaga keselamatan penunggang muda.

Selain itu, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan dari Institut Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM telah menjadi Johan bagi Kluster Pemesinan & Peralatan (Kategori Universiti/Kolej) dan telah menerima nilai geran penyelidikan sebanyak RM10,000.00 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Kesemua anugerah pemenang telah disampaikan oleh YAB Tuan Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor pada Majlis Penutup Selangor R&D and Innovation Expo 2019.

Di samping itu, pelbagai program sampingan telah diadakan sempena Selangor R&D and Innovation Expo 2019 seperti  Pertandingan R&D Terbaik, Pertandingan Inovasi, Business Matching bagi R&D dan industri, Sharing Session, Sesi Bersama Institusi Penyelidikan dan Seminar Pengurusan Harta Intelek dan Pengkomersilan yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zahira Mohd Ishan, Timbalan Pengarah Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park UPM.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah menerima anugerah masing-masing sempena Selangor R&D and Innovation Expo 2019.

Kluster Sains Hayat (Kategori Universiti/Kolej)

Tempat ke-2 : Prof. Madya Dr. Chee Hui Yee, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

 

Kluster Sains Hayat (Kategori Industri)

Tempat ke-10 : Puan Siti Aishah Hassan, PUAS Sdn Bhd

 

Kluster Makanan & Minuman (Kategori Universiti/Kolej)

Tempat ke-3 : Prof. Madya Dr. Rosnah Shamsuddin, Fakulti Kejuruteraan

Tempat ke-5 : Prof. Madya Dr. Mohd Nazli Naim, Fakulti Kejuruteraan

 

Kluster Pemesinan & Peralatan (Kategori Universiti/Kolej)

Johan : Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohamed Thoriq bin Haji Hameed Sultan, Institut Tropika dan Produk Hutan (INTROP)

Tempat ke-5 : Puan Christine Jamie Anak Vincent Eddy, RJ Machine Solution Sdn Bhd)

 

Kluster Pengangkutan (Kategori Universiti)

Johan : Dr. Karmegam Karuppiah Pn. Nur Athirah Diyana Mohammad Yusof, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Kluster Terbaik: Dr. Karmegam Karuppiah Pn. Nur Athirah Diyana Mohammad Yusof, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

 

Oleh Nor Azizah Ismail, Putra Science Park

Tarikh Input: 14/11/2019 | Kemaskini: 14/11/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXETXAS~