UPM Sertai Projek Rintis Malaysia Open Science Platform | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Sertai Projek Rintis Malaysia Open Science Platform

UPM Sertai Projek Rintis Malaysia Open Science Platform

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoU) Projek Rintis Malaysia Open Science Platform (MOSP) bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) pada hari ini bagi memperkukuh amalan perkongsian data mentah penyelidikan negara.

 

MOSP antara inisiatif di bawah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi 2021-2030 untuk menggalakkan perkongsian data terbuka bagi pembangunan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) dalam penyelidikan, pemain industri dan masyarakat sivil.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr Nazamid Saari, hadir mewakili Naib Canselor UPM, YH. Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman ke majlis MoU tersebut di Akademi Sains Malaysia di sini hari ini.

 

MoU itu turut ditandatangani oleh empat lagi universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

 

Melalui platform ini, MOSP dijangka dapat mula diakses oleh orang awam pada Disember 2022 berkenaan maklumat projek penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan oleh lima universiti penyelidikan tersebut.

 

Terdahulu, Pegawai Penyeldik PSP, Asrizam Esam  dan Norliyana Kamarudin telah berjaya melengkapkan Training Of Trainers Programme On Data Stewardship For Open Science selama 3 bulan secara dalam talian bagi menyokong usaha pelaksanaan MOSP ini.

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam ucapannya berkata inisiatif ini bakal meningkatkan hasil penyelidikan, sekaligus menghasilkan sebuah penyelesaian yang baik untuk pelbagai isu terkini negara serta mengurangkan pengulangan atau pertindihan penyelidikan yang akan dijalankan pada masa hadapan.

 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi ASM mula menerajui inisiatif MOSP pada penghujung 2019 bertujuan untuk memudahkan penyelidik Malaysia berkongsi data mentah penyelidikan mereka.

Tarikh Input: 27/07/2022 | Kemaskini: 18/08/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbHAx~