UPMIOD2015 - Pameran Hari Inovasi UPM Perkenal Inovasi Baharu | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPMIOD2015 - Pameran Hari Inovasi UPM perkenal inovasi baharu

UPMIOD2015 - Pameran Hari Inovasi UPM perkenal inovasi baharu

Serdang 3 Jun - Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan 15 inovasi baharu untuk dimanfaatkan pihak industri dalam bidang pertanian dan veterinar. Antara inovasi diperkenalkan seperti Formulasi Mikroemulsi Racun Serangga, Kotak Pemanas Solar, baja B-Green Bio, Perancah Tulang Nano komposit serta bahan tampalan nano komposit untuk pembaikan tulang. Semua hasil inovasi itu dipamerkan pada Hari Terbuka Inovasi  (UPMIOD) bertemakan Agriculture-Innovation-Business yang diadakan di Fakulti Pertanian UPM pada 3 Jun 2015 yang lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi, PSP, Dr. Mohd Fakri Zaky Jaafar berkata, UPMIOD bertujuan untuk mempromosikan teknologi UPM  untuk dikomersilkan oleh pihak industri di samping untuk menggalakkan lagi perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan industri. “Mereka juga berpeluang mendapatkan pandangan daripada penyelidik UPM yang terbabit dalam bidang berkaitan. Kebanyakan daripada produk yang dipamerkan telah di patenkan dan terdapat beberapa teknologi yang telah bersedia untuk dihasilkan pada skala besar dan seterusnya dikomersilkan,” katanya.

“Ini adalah pameran mini dan kita mengadakan lima kali setahun untuk mempromosikan inovasi UPM berdasarkan tema yang berlainan,” katanya. Selain itu, Dr. Mohamad Fakri berkata, usaha pengkomersilan produk inovasi UPM yang dijalankan sejak 10 tahun lalu sehingga kini sudah berjaya melesenkan sebanyak 77 produk untuk kegunaan pelbagai industri dengan perolehan mencecah RM40 juta. Antara produk yang dikomersilkan oleh UPM sebelum ini adalah vaksin untuk industri penternakan ayam, baja selain produk teknologi maklumat (ICT). Penyelidik UPM menghasilkan beribu inovasi dan yang terpilih sahaja dipamerkan kepada penggiat industri. 

 

 

Pameran UPMIOD bersama industri

 

Terima kasih kepada semua peserta bengkel Laman Web/Blog Peribadi Pejabat TNCPI di Makmal IPSAS. Diharapkan semua usaha sentiasa diberkati dan berterusan.

Blog perserta yang hadir- 
http://apanakjadi.weebly.com/
http://homikorthebackpacker.weebly.com/
http://kajangmalaysia.weebly.com/
http://juliekusayang.weebly.com/
http://peliks.weebly.com/
http://junenea.weebly.com

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 17/06/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUVAC~