Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan.
Kewujudan muzium ini akan membuka ruang untuk masyarakat umum mengenali dan menghayati kehebatan warisan melayu sejak zaman berzaman.
Penekanan diberikan terhadap pengumpulan dan pemuliharaan artifak dan khazanah ketamadunan bangsa Melayu sekitar Semenanjung Malaysia, meliputi :-
- Seni binaan tradisional
- Manuskrip Melayu
- Busana dan tekstil
- Senjata dan Alat Tempur
- Peralatan dan Isi Rumah Melayu
Penubuhan Muzium Warisan Melayu ini adalah hasil cetusan idea Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Ramlan, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan merupakan salah satu produk utama di bawah program Edu Tourism, dimana Universiti Putra Malaysia telah terpilih sebagai universiti awam pertama yang dibuka untuk pelancong di dalam kampus. Lokasinya amat strategik iaitu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang berada di laluan ke pintu masuk UPM.
Kemaskini:: 13/11/2020
- pusat pengurusan inovasi UPM
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia