PSP UPM PERKASA KELESTARIAN: GOTONG-ROYONG HIJAU MERIAHKAN TAMAN PSP | PUTRA SCIENCE PARK
» GREEN SUSTAINABILITY » LESTARI@PSP » PSP UPM PERKASA KELESTARIAN: GOTONG-ROYONG HIJAU MERIAHKAN TAMAN PSP

PSP UPM PERKASA KELESTARIAN: GOTONG-ROYONG HIJAU MERIAHKAN TAMAN PSP

Serdang, 7 Februari 2025 – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Gotong-Royong Kelestarian Hijau yang melibatkan penyertaan penuh warga staf PSP. Program ini bertujuan memperindah serta mewujudkan persekitaran hijau yang lebih teratur dan harmoni di sekitar PSP.

Aktiviti gotong-royong ini berlangsung di Taman PSP dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Para peserta bersama-sama menjalankan pelbagai usaha kelestarian seperti membersihkan kawasan taman, menyusun atur pasu dan pokok, menanam pokok baharu, mencantikkan tanaman sedia ada serta menggantikan pokok yang telah mati.

Menurut wakil PSP, aktiviti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kehijauan dan keceriaan kawasan PSP, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan staf melalui kerja kolektif.

Pihak PSP berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan secara berkala bagi memastikan persekitaran universiti terus lestari serta menyokong matlamat pembangunan mampan UPM.

 

Updated:: 26/02/2025 [faizfarhan]

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:34:11pm-01:39:11pm, 13 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]