Serdang, 22 Mac 2025 – Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) bakal menganjurkan Program Earth Hour sebagai inisiatif meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar. Program ini akan berlangsung pada 22 Mac 2025, dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, di mana peserta digalakkan untuk memadamkan lampu selama 60 minit sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian bumi.
Bertemakan "Save Our Nature", program ini sejajar dengan usaha global untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan menggalakkan amalan tenaga lestari. Putra Science Park menyeru komuniti UPM dan orang ramai untuk menyertai Earth Hour sebagai tanda sokongan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.
Program ini adalah sebahagian daripada komitmen UPM dalam menerajui inovasi dan teknologi hijau, selaras dengan slogan "Pertanian • Inovasi • Kehidupan" demi masa depan yang lebih mampan.

Updated:: 11/03/2025 [faizfarhan]

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia