NEXT 2U - PERKHIDMATAN MAKMAL | PUTRA SCIENCE PARK
» INDUSTRI » NEXT 2U - PERKHIDMATAN MAKMAL

NEXT 2U - PERKHIDMATAN MAKMAL

Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan salah satu daripada universiti yang paling inovatif di dalam menjalankan inisiatif kerjasama akademia-industri yang menjadikan universiti sebagai platform interaksi antara penyelidik, industri, syarikat, kerajaan dan orang awam. Untuk pelaksanaan inisiatif yang jelas, Putra Science Park (PSP) telah menjenamakan semula konsep Science Park dengan penubuhan Program Next2U @ Putra.

Dalam menggalakkan budaya intensif universiti penyelidikan, kemudahan terkini merupakan satu faktor utama untuk memudahkan pemindahan teknologi yang berkesan. Ini termasuk perkhidmatan makmal berteknologi tinggi dengan peralatan dan infrastruktur yang maju.

Makmal penyelidikan dan perkhidmatan UPM sedia menawarkan perkhidmatan kepada penyelidik, pihak luar dan industri.

Terdapat kemudahan makmal dan pakar daripada fakulti dan institut penyelidikan yang menawarkan perkhidmatan penyelidikan di dalam bidang penyelidikan.
 


 

Hubungi 

Cik Norliyana Kamarudin
Pegawai Penyelidik
Tel: 603-9769 1631
norliyana@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 01/04/2019

PERKONGSIAN MEDIA

B1566363703