Anugerah Dan Pencapaian UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» MENGENAI KAMI » PROGRAM PENYELIDIKAN DI UPM » Anugerah dan Pencapaian UPM

Anugerah dan Pencapaian UPM


Anugerah dan Pencapaian 2016


ANUGERAH LUAR NEGARA

1.


PERLANTIKAN PRESIDEN ASAIHL


Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris dilantik sebagai Presiden Persatuan Institusi Pengajian Tinggi Asia Tenggara (ASAIHL).

2.


UPM TEMPAT KEDUA SUKIPT 2016


Kontinjen UPM berjaya mengumpul 41 pingat emas, 19 perak dan 21 gangsa, sekali gus menduduki tempat kedua keseluruhan SUKIPT 2016.

3.


ASIA-PACIFIC FOREST WEEK 2016


Ahmad Mustapha Mohamad Pazi, pelajar Master Sains (Pengurusan Hutan dan Sains Ekosistem), Fakulti Perhutanan UPM memenangi anugerah Foto Terbaik pada Asia-Pacific Forest Week 2016 (APFW 2016).

4.


ASIA-EUROPE UNIVERSITY ACADEMIC NETWORK


UPM dipilih menerima Anugerah Bernd Rode 2016 sempena Mesyuarat Plenari ASEA-UNINET ke-15 di Universiti Udayana, Bali, Indonesia.

5.


ANUGERAH IKON ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)


Nur Ain Nabisya Azmi, pelajar Bacelor Sains (Pembangunan Manusia), Fakulti Ekologi Manusia, UPM telah dipilih sebagai penerima anugerah Ikon Istimewa Kebangsaan, sempena Program Konvensyen Orang Kurang Upaya (OKU) Kebangsaan 2016.

 6.


AKREDITASI ANTARABANGSA ROYAL SOCIETY OF CHEMISTRY (RSC)


Tiga program Bacelor daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM telah berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi badan antarabangsa, Royal Society of Chemistry (RSC) yang berpejabat di United Kingdom. Program tersebut ialah Bacelor Sains (Kepujian) Kimia, Bacelor Sains (Kepujian) Kimia Perindustrian, dan Bacelor Sains (Kepujian) Kimia Petroleum.

 7.


PERTANDINGAN AUTODESK ASEAN DESIGN COMPETITION


Yap Heng Hee dan Tan Mei Shan, Bacelor Sains Seni Bina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, UPM memenangi pingat emas kategori senibina pada pertandingan Autodesk ASEAN Design Competition 2015.

 8.


QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS BY SUBJECTS


15 subjek UPM disenaraikan dalam Ranking 200 terbaik dunia QS World University Rankings By Subject 2016 dan mengekalkan ranking 100 terbaik dunia dalam untuk subjek Pertanian dan Perhutanan selama empat tahun berturut-turut sejak tahun 2013.

 9.


EDUNIVERSAL BEST MASTERS RANKING

 


UPM disenaraikan pada tangga ke-40 universiti terbaik dunia dalam bidang Agribusiness/ Food Industry Management dan Master of Environment berada pada tangga ke-88 dalam Eduniversal Best Masters Ranking 2015/2016.  Manakala MBA in Human Resources Management, Master in General Management (MBS Specialisation), MBA in Marketing, Master of Management in Information Technology, Master of Sciences in Accounting dan MBA (Finance) sebagai 200 program terbaik di Asia Tenggara.

 10.


ASIA-EUROPE MUSEUM (ASEMUS) SINGAPORE


Muzium Warisan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM terpilih menjadi sebahagian daripada jaringan Asia-Europe Museum (ASEMUS).

11.


JUARA PESTA PANTUN SINGAPURA


Pasukan pantun UPM, GAHARA, telah menjuarai pertandingan Pesta Pantun Singapura bagi kategori B yang telah diadakan di National University of Singapore.  

12.


THE WORLD EXHIBITION ON INVENTIONS, RESEARCH AND NEW TECHNOLOGIES


Prof. Madya Dr. Syed Abdul Rahman  Al-Haddad Syed Mohamed, pensyarah Fakulti Kejuruteraan UPM telah memenangi pingat emas di pameran “The World Exhibition on Inventions, Research and New Technologies”, Brussels, Belgium, melalui penghasilan produk “GULAGA - Second Screen Video Information via Mobile Digital Video Identification”.

13.


THE 150 UNDER 50


UPM berjaya disenaraikan oleh Times Higher Education (THE) untuk ranking antara 101 – 150 dalam THE 150 Under 50, iaitu kedudukan universiti terbaik dunia dalam kalangan universiti di bawah usia 50 tahun.

14.


PAMERAN I-ENVEX


Dr. Farzad Hejazi, pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan, UPM telah memenangi 4 Pingat Emas dan menerima Anugerah Khas Inovasi Kreatif pada Pameran Invensi dan Inovasi Kejuruteraan Antarabangsa (i-Envex 2016) melalui produk baharu (peringkat untuk dikomersial) yang dipamer di i-ENVEX, iaitu “Nonlinear Conical spring Bracing System for Structures under Dynamic Load”, “Divergent Viscous Wall Damper”, “The FEM program for Analysis of RC Structure with Prestress Elements” dan “Rubber Damper Connector.”

 15.


WOMEN LEADERSHIP AWARD IN HEALTHCARE


Prof. Dr. Latiffah Abdul Latiff, pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM menerima anugerah Women Leadership Award 2016 dalam kategori penjagaan kesihatan pada majlis The Golden Globe Tigers 2016 anjuran CMO Asia Advisory Board dengan KerjasamaAdvisory Council of World Brand Congress.


ANUGERAH DALAM NEGARA
 

1.


ANUGERAH COACHTERBAIK ‘NEURO-LINGUSTIK PROGRAMMING’ (NLP)


Prof. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah dipilih menerima Anugerah Coach Terbaik ‘Neuro-Lingustik Programming’ (NLP) dan sijil ‘Certified NLP Coach’.

2.


PELAJAR UPM
 JUARA CABARAN USAHAWAN DAGANG (TRADEC 2015)


Muhamad Zakaria Zarkasi, pelajar tahun kedua Bacelor Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM menjuarai Cabaran Usahawan Dagang 2015 (TRADEC 2015.

3.


ANUGERAH TESIS TERBAIK YAYASAN NURUL YAQEEN


Dr. Razali Othman, Pengarah Pusat Islam, UPM memenangi Anugerah Tesis Terbaik Yayasan Nurul Yaqeen 2015, kategori Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, melalui tesisnya bertajuk ‘Penggunaan Wang Fiat Sebagai Instrument Wakaf Tunai: Satu Kajian Teoretis’. 

4.


NATIONAL ENTREPRENEURSHIP CHALLENGE 2015/16


Pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM yang terdiri daripada Kaviyarasu Elangkovan, Nor Aisah Mohamad, Pragatheswara Tapasvy (Bacelor Ekonomi), Tan Wai Loon (Bacelor Perakaunan) dan Thiviyah Manican (Bacelor Komunikasi) memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan National Entrepreneurship Challenge (NEC) 2015/16. 

 5.


KONGRESS DUTA JAUHAR 2.0
 


Kumpulan 15 pelajar UPM dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Johor telah memenangi dua anugerah, iaitu Anugerah Transformasi Pertanian Terbaik dan tempat ketiga Anugerah Keseluruhan Program Terbaik pada Kongres Duta Jauhar 2.0.  

 6.


AKREDITASI MS ISO/IEC 17025


Institut Teknologi Maju, UPM telah berjaya mendapat Status Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) bagi tempoh 3 tahun bermula 25 Mac 2016 - 25 Mac 2019.

 7.


PENOLONG PESURUHJAYA KEHORMAT (PERTAHANAN AWAM)


Prof. Datuk Dr. Mad Nasir B. Shamsudin, Timbalan Naib Canselor (AA) UPM, telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia selama tempoh 6 tahun bermula 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2021.

 8.


PINGAT EMAS TESIS TERBAIK IPT PERINGKAT KEBANGSAAN


Dr. Aida Tayebian, iaitu graduan dalam pengajian Kejuruteraan Sumber Air, Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, UPM telah memenangi pingat emas Anugerah Tesis Terbaik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) peringkat kebangsaan, kategori Doktor Falsafah (PhD), sempena sambutan Hari Air Sedunia.

 9.


ANUGERAH BUKU ILMIAH POPULAR


Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin daripada Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, UPM menerima Anugerah Buku Ilmiah Popular pada Majlis Anugerah MAPIM-KPT melalui penulisan buku Hang Tuah: Catatan Okinawa.  

 10.


ANUGERAH INSTITUTE OF MARKETING MALAYSIA (IMM) FELLOWSHIP AWARD


Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan Prof. Dato’ Dr. Mohd Azmi Mohd Lila, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, menerima anugerah Institute of Marketing Malaysia (IMM) Fellowship Award 2016.  

 11.


PEGAWAI UPM TERIMA PENTAULIAHAN PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH (CEIO)


Puan Haslida Hassan, Ketua Unit Integriti, Pejabat Naib Canselor, UPM telah menerima pengiktirafan dan pentauliahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada Majlis Konvokesyen CeIO ke-5.

 12.


FELO AKADEMI SAINS MALAYSIA (ASM)

 


Akademi Sains Malaysia telah melantik empat saintis UPM sebagai felo baharu Akademi 
Sains Malaysia 2016. Empat ahli akademik UPM tersebut ialah Profesor Dr. –Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo (Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan), Prof. Dr. Borhanuddin Mohd Ali (Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan), Prof. Dr. Ahmad Ismail (Jabatan Biologi, Fakulti Sains) dan Prof. Dr. Mohd Ali Hassan (Jabatan Teknologi Bio-Proses, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul).




Kemaskini Terakhir 21 09 2016 ( hairul_nizam )
 
 


Kemaskini:: 01/10/2016

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566363832