Pengarah | PUTRA SCIENCE PARK
» MENGENAI KAMI » PUTRA SCIENCE PARK » Pengarah

Pengarah

Bismillahirahmanirrahim…

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh  dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman web Putra Science Park (PSP) UPM yang merupakan pusat pengurusan inovasi dan pengkomersilan Universiti Putra Malaysia.

Selaku penerima geran penyelidikan terbesar, Universiti Putra Malaysia mengumpul, menyusun dan mencipta pengetahuan. Sejak 82 tahun yang lalu, UPM telah pesat berkembang daripada sebuah sekolah pertanian luar bandar kepada, pusat pembelajaran dan institusi penyelidikan bertaraf dunia yang terkemuka. UPM menggabungkan kemudahan R&D terbaik bersama-sama dengan tenaga pakar-pakar sumber manusia yang cemerlang.

Putra Science Park UPM merupakan peneraju inovasi dan pengkomersilan Universiti Putra Malaysia, di mana staf bekerjasama dan berkolaborasi dengan industri dan menekankan keusahawanan teknologi.

Selaku peneraju inovasi, Bahagian Perlindungan IP dan Pelesenan Putra Science Park menawarkan platform penciptaan nilai ternilai untuk universiti, masyarakat dan industri. Dalam membantu penyelidik UPM melindungi harta intelek mereka, bahagian ini menguruskan perlindungan dan penyelenggaraan IP; kajian pasaran sasaran; mempromosikan pasaran dan memadankan perkongsian yang berpotensi untuk berjaya.

Kreativiti UPM dalam teknologi adalah sangat bernilai tinggi. Dengan lebih daripada 2,000 IP difailkan di peringkat nasional dan antarabangsa sejak tahun 1995, UPM juga penerima geran penyelidikan tertinggi dan terbesar di Malaysia, berjumlah RM97.4 juta. Dengan idea dan teknologi berdaya cipta, UPM adalah  tempat di mana sinergi saintifik dapat memenuhi kehendak perniagaan yang mampan.

 

Profesor Dr Samsilah Roslan

Kemaskini:: 27/03/2019

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566364181