14 November 2025 : InnoHub Talk Session #10 | 2025 – “Validating Innovation: How University Startups Can Discover, Test, And Grow ” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » 14 November 2025 : InnoHub Talk Session #10 | 2025 – “Validating Innovation: How University Startups Can Discover, Test, and Grow ”

14 November 2025 : InnoHub Talk Session #10 | 2025 – “Validating Innovation: How University Startups Can Discover, Test, and Grow ”

Sesi ini telah dijalankan secara hibrid (fizikal dan dalam talian), disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Janet Lim Hong Ngee, Profesor dari Fakulti Sains, UPM, dan dipengerusikan oleh Puan Noor Fadilah Ayu Wichi (Pegawai Eksekutif, Seksyen InnoHub).

Taklimat ini memberikan pendedahan kepada syarikat pemula mengenai kaedah mengenal pasti, menilai dan mengesahkan idea inovasi agar berpotensi dikomersialkan. Para peserta diperkenalkan dengan pendekatan penilaian kebolehlaksanaan produk, pasaran, organisasi dan kewangan, serta penggunaan alat seperti Business Model Canvas, analisis SWOT dan break-even analysis. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan maklum balas pelanggan, pengujian andaian serta pembelajaran berulang dalam proses pembangunan inovasi.

Sesi ini juga berkongsi laluan pembangunan syarikat pemula termasuk membangunkan usaha baharu, mengambil alih perniagaan/francais atau menjalin kerjasama dengan organisasi berpengalaman bagi mempercepatkan pertumbuhan inovasi.

Seramai 87 peserta menghadiri sesi ini, terdiri daripada 77 peserta dalam talian dan 10 peserta fizikal, melibatkan InnoHubbers dan warga UPM.

Date of Input: 14/11/2025 | Updated: 14/11/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (01:08:37pm-01:13:37pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]