SERDANG, 3 Julai 2026 – Seramai 174 peserta telah menyertai Seminar Putra Sarjana Siri 2026 bertajuk "IP + Papers: Double Win for Research" yang berlangsung secara dalam talian menerusi platform Zoom. Program anjuran Sekolah Pengajian Siswazah (SGS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Putra Science Park (PSP) ini bertujuan meningkatkan pemahaman penyelidik dan pelajar siswazah mengenai strategi mengimbangi perlindungan harta intelek (IP) dan penerbitan ilmiah bagi menghasilkan penyelidikan yang lebih berimpak.
Seminar tersebut telah disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengurusan Harta Intelek, Putra Science Park. Dalam perkongsiannya, beliau menerangkan kepentingan melindungi hasil penyelidikan melalui pemfailan harta intelek sebelum penerbitan, di samping berkongsi strategi menghasilkan penerbitan berimpak tinggi serta membuka peluang kepada pengkomersialan inovasi.
Penganjuran seminar ini membuktikan komitmen UPM dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan warga akademik serta pelajar siswazah. Diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat membantu para peserta merancang penyelidikan secara lebih strategik, sekali gus meningkatkan nilai akademik dan potensi hasil penyelidikan untuk memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.
Date of Input: 03/07/2026 |
Updated: 03/07/2026 | faizfarhan
MEDIA SHARING