26 Jun 2026 : Sesi Amanat Pengarah PSP Bersama InnoHubbers Baharu Kohort Jun 2026 | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» NEWS » 26 Jun 2026 : Sesi Amanat Pengarah PSP Bersama InnoHubbers Baharu Kohort Jun 2026

26 Jun 2026 : Sesi Amanat Pengarah PSP Bersama InnoHubbers Baharu Kohort Jun 2026

Sesi ini telah dilaksanakan secara hibrid (fizikal dan dalam talian) dan dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokhtar, Ketua Seksyen InnoHub selaku pengendali sesi. Turut hadir ialah Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park, Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan), Prof. Madya Dr. Puteri Aina Megat Ameir Noordin, Mentor Program InnoHub, serta barisan pengurusan InnoHub.
 
Sesi ini bertujuan menyampaikan amanat dan hala tuju Pengarah Putra Science Park kepada InnoHubbers Baharu Kohort Jun 2026 sebagai persediaan sebelum memulakan Program InnoHub. Peserta turut diberi penerangan mengenai modul Program InnoHub, pengurusan geran, peraturan kewangan, pemantauan projek, peluang pembiayaan syarikat pemula serta Latihan Sangkutan Pengkomersilan (LSP).
Tahniah diucapkan kepada 8 projek yang berjaya terpilih menyertai Program InnoHub Kohort Jun 2026.
 
Semoga semua peserta dapat memanfaatkan program ini sebaiknya dan berjaya membawa hasil penyelidikan ke arah pengkomersialan serta penubuhan syarikat pemula.
 

Date of Input: 26/06/2026 | Updated: 26/06/2026 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (09:10:02pm-09:15:02pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]