Putrajaya, 28 Julai - Bengkel Penyelarasan Persidangan Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti (URIIS) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) telah berjaya menghimpunkan para pemegang taruh strategik daripada universiti awam seluruh negara bagi merangka pelan tindakan bersepadu ke arah penganjuran URIIS 2026 yang lebih mantap dan berimpak tinggi.
Sesi ini turut disertai oleh Pengarah Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia, YBhg. Prof. Dr. Samsilah Roslan, yang berkongsi input berharga berasaskan pengalaman UPM dalam pemerkasaan ekosistem inovasi dan pemindahan teknologi. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Saiful Hasley Ramli, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pengurusan Harta Intelek, Putra Science Park, yang turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh strategi promosi hasil penyelidikan universiti ke arah peluang pelaburan dan pengkomersilan.
Bengkel ini menjadi platform perbincangan menyeluruh melibatkan sinergi antara universiti, industri dan agensi pelaburan, dengan matlamat menjadikan URIIS 2026 sebagai pemacu utama keterlihatan penyelidikan berimpak tinggi serta pengukuhan ekonomi berasaskan pengetahuan negara.
Date of Input: 29/07/2025 |
Updated: 29/07/2025 | faizfarhan
MEDIA SHARING