Bengkel Plot Bagi Pemerkasaan Pengkomersilan Produk UPM Melalui Inisiatif “UPM Products First” | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » Bengkel Plot bagi Pemerkasaan Pengkomersilan Produk UPM melalui Inisiatif “UPM Products First”

Bengkel Plot bagi Pemerkasaan Pengkomersilan Produk UPM melalui Inisiatif “UPM Products First”

1 & 2 Julai 2025: Bengkel Plot bagi Pemerkasaan Pengkomersilan Produk UPM melalui Inisiatif “UPM Products First” kerjasama antara Putra Science Park (PSP) selaku PTJ Peneraju , Pusat Pertanian Putra (PPP), dan Pihak syarikat yang terlibat iaitu Qarbotech Sdn.Bhd & Halways Sdn.Bhd .

“UPM Products First“ merupakan inisiatif yang memberi keutamaan kepada produk-produk UPM yang telah dikomersilkan. Melalui inisiatif ini, UPM akan menjadi “test bed” dan “showcase” bagi produk UPM untuk tujuan pemasaran produk , meningkatkan kesedaran pelabur dan pemegang taruh tentang kualiti dan impak produk komersil UPM.

Inisiatif ini juga merupakan langkah strategik UPM bagi meningkatkan promosi dan jualan produk komersial UPM di peringkat universiti oleh pihak Industri. Bagi Fasa Pertama, Produk Harvast iaitu Produk yang boleh meningkatkan kecekapan proses fotosintesis dalam tumbuhan dan Produk Penternakan dan Akuakultur “Thohira” akan diketengahkan untuk digunapakai oleh Pusat Pertanian Putra (PPP) UPM.

Tujuan bengkel ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan inisiatif “UPM Product First” dengan lebih terperinci serta menyelaraskan peranan dan tanggungjawab semua pihak terlibat.

Peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Pegawai-pegawai daripada Pasukan tanaman dan Ternakan Ladang Serdang dan Puchong, PPP. Wakil pihak syarikat adalah ialah En.Chor Chee Hor (Ketua Pegawai Eksekutif, Qarbotech Sdn.Bhd & Dr. Akhmal Hakim Roslan (Ketua Pegawai Eksekutif, Halways Sdn.,Bhd)

Date of Input: 03/07/2025 | Updated: 03/07/2025 | faizfarhan

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (09:17:10pm-09:22:10pm, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]